Thursday 27 February 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

Saya berasa puas hati
Monolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Sumber:
Normaliza Abd. Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Malaysia: Universiti Malaysia Terengganu.

Cerita yang berkaitan dengan Model Penceritaan tersebut
Nama aku Irfan. Aku tinggal di sebuah rumah teres berukuran sedang yang terletak di Gelang Patah Johor. Aku tinggal bersama keluarga kecilku. Disinilah tempat di mana tumpahnya darah kami sekeluarga. Kami sentiasa bersama dikala suka dan duka. Kedua ibu bapa aku merupakan seorang yang hebat, aku menjadikan mereka sebagai idola yang menjadi sumber inspirasi buat ku. Ibu selalu mengajarkan aku, abang, kakak, dan adik agar sentiasa saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain. Pada setiap pagi, aku akan membantu ibu menyediakan sarapan di dapur sebelum ke sekolah. Ibu seorang yang sangat prihatin terhadap pemakanan anak-anaknya. Ibu ada mengatakan bahawa di bangga kerana telah melahirkan seorang anak yang baik seperti aku. Bapaku seorang yang gemar menanam pokok. Banyak hasil tanamannya yang membesar sihat dan tumpuh mekar. Aku sering membantu bapa menyiram pokok bunga di halaman rumah. Bapa mendidik kami untuk sentiasa menjaga butir bicara sewaktu berkata-kata. Aku mempunyai seorang saudara yang seumur denganku. Kami bersekolah di sekolah yang sama. Dia juga merupakan sahabat sekelasku. Dia merupakan pelajar cemerlang di dalam kelas kami. Dia sering membantu aku menyiapkan kerja Matematik di sekolah. Dia tidak pernah berasa penat untuk mengajar aku dengan bersungguh-sungguh. Aku amat menyayanginya, seperti aku menyayangi keluargaku. Mereka adalah antara manusia yang sentiasa ada bersamaku semasa aku memerlukan. 





No comments:

Post a Comment