Sinopsis
Cerita Sosial 1 mengisahkan tentang kehidupan seorang budak yang
bernama Alim. Alim dan keluarganya pulang ke kampung sebelah ibunya di Kajang. Jarak rumahnya tidak terlalu jauh dengan rumah datuk dan
nenek kesayangannya itu, mereka hanya mengambil 30 minit waktu perjalanan. Dia
juga mempunyai datuk dan nenek sebelah bapa di Melaka. Sesudah sampai ke
teratak indah kampungnya itu, Alim terus
keluar dari pintu kereta. Dia berasa sangat teruja untuk melihat ayam dan itik
yang dibela oleh datuk. Dia berasa terkejut dan sedih apabila melihat ayam dan
itik sudah tiada di dalam reban. Mengapa Alim sedih? Nenek terus mendekati
Alim. Neneknya memberitahu bahawa datuk telah membina sebuah reban yang baru.
Alim kembali tersenyum dan berhenti menangis. Dia berasa tenang setelah melihat
ayam dan itik. Pada awalnya, dia menyangkakan semua binatang tersebut sudah
tiada. Setelah puas melihat, Alim masuk ke rumah nenek dan datuknya. Alim
hairan. Keadaan di dalam rumah tersebut sudah berubah, tidak sama seperti
sebelumnya. Alim menangis lagi. Dia sangkakan rumah datuk dan neneknya sudah
tiada lagi. Nenek menerangkan segalanya kepada Alim. Alim lega mendengarkan
penerangan nenek. Setelah itu, dia menonton televisyen bersama adik beradiknya
yang lain. Dia berhenti menangis. Ibu bapa, datuk dan nenek sedih melihat
kelakuan Alim yang kerap menangis tanpa sebab sepanjang hari itu.
Rujukan
Rujukan
Normaliza Abd. Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Malaysia: Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment