Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020: Tentang Diri


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Permurah Lagi Maha Penyayang. Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah wasyukurrillah, segala puji bagi Allah swt Tuhan mencipta sekalian alam. Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Nurul Atilia Izzaty binti Johar, memegang no matrik 196007. Nama gelaran saya ialah Izz, yang membawa makna kekuatan. Saya merupakan anak sulung dari 2 orang adik beradik. Pembukaan tahun 2020 yang baru ini  telah mencatatkan usia saya kepada 22 tahun. Saya merupakan anak kelahiran Johor Bahru, Johor. Saya dilahirkan oleh ibu tercinta pada tanggal 24 Disember 1998 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Syukur yang tidak terhingga terhadap Ilahi saya panjatkan di atas peluang belajar yang diberikan kepada saya dari saya kecil hingga meningkat dewasa.

Saya merupakan pelajar tahun dua yang sedang menuntut di sebuah universiti awam, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), kampus Serdang. Kini, saya sedang menduduki Semester yang keempat.  Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh ibu bapa sehinggalah kini saya sudah berada di alam Universiti yang sememangnya menjadi impian setiap orang. Saya mengambil Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu), di bawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Saya merupakan seorang pelajar yang bercita-cita tinggi. Oleh itu, saya bercita-cita ingin menjadi salah seorang daripada mereka yang gigih memperjuangkan bahasa ibunda.





No comments:

Post a Comment