Showing posts with label Grafik. Show all posts
Showing posts with label Grafik. Show all posts

Friday, 6 March 2020

BBM3410Satu2020: Kepentingan Asas Grafik

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

BBM3410Satu2020: Nota Asas Grafik

Nota Asas Grafik

Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), terdapat lima elemen asas grafik iaitu mudah, warna, teks, kesesuaian dan keseimbangan.

a)  Mudah 
Sesebuah gambar yang dilihat itu mudah diketahui. Sebagai contoh, gambar yang ada air laut dan pokok kelapa yang terdapat di dalam sebuah foto, jelas memperlihatkan sebuah pemandangan di tepi laut. Hal ini bermakna foto tersebut mempunyai asas grafik mudah kerana mesej yang terdapat pada foto tersebut mudah difahami tanpa sebarang kekeliruan mahupun tanda tanya.

b)  Warna
Grafik bagi sesuatu bentuk foto mahupun video mestilah mengandungi warna yang tidak lebih daripada tiga warna. Walau bagaimanapun, terdapat juga grafik yang lebih daripada tiga warna. Dalam hal ini, pemilihan warna tersebut adalah bergantung kepada objektif serta mesej yang ingin disampaikan.

c)  Teks
Jenis dan saiz font yang digunakan dalam grafik wajarlah bersesuaian untuk dipersembahkan. Penggunaan teks dalam grafik adalah bertujuan untuk memberikan kefahaman yang lebih terperinci. Warna yang digunakan pada font juga mestilah kelihatan jelas kerana ia juga penting dalam asas grafik.

d)  Kesesuaian
Grafik mestilah bersesuaian dengan latar tempat, latar masa dan latar watak. Sebagai contoh, jika ingin mengambil foto berlatarkan laut, maka kewujudan sebuah bot adalah sesuai jika ada. Hal ini bermakna setiap latar sememangnya mempunyai kaitan antara satu sama lain.

e)  Keseimbangan
Keseimbangan merujuk kepada ruang yang terdapat di dalam foto serta video. Dalam konteks ini, ruang yang digunakan perlulah seimbang dan tidak hanya berat pada satu bahagian semata-mata. Hal ini bermakna, ruang kiri, kanan, atas dan bawah dalam sesuatu grafik mestilah diambil kira dalam usaha menghasilkan sebuah grafik yang baik dan menarik. 


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Monday, 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

1) Proses mencari dan menggunting huruf-huruf serta nombor yang terdapat di dalam majalah (glossy). Tujuannya adalah untuk menggabungkan huruf-huruf untuk membentuk nama kumpulan serta nama ahli kumpulan. Manakala, nombor pula digunakan untuk membentuk no matrik bagi setiap ahli kumpulan.


2) Proses mencari dan memilih lima buah gambar di dalam majalah yang sesuai untuk mewakili lima jenis Asas Grafik. Pemilihan dibuat dengan begitu teliti. Setelah itu, kami mendapatkan pandangan Prof, untuk memastikan gambar yang kami pilih adalah sesuai dan boleh diterima pakai. 


3) Kemudian, proses menampal pula dijalankan. Proses ini sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Hal ini kerana huruf-hurufnya kecil menjadikan kami lebih berhati-hati semasa menampal. Ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang kecacatan yang mampu memburukkan kerja kumpulan kami ini, memandangkan Prof sendiri sudah menekankan etika kekemasan kepada kami. 


4) Berikut adalah hasil kerja kumpulan kami. Kami memilih 'Tech Ninjas' Production' sebagai nama ahli kumpulan kami. Seterusnya, nama serta no matrik setiap ahli juga mencukupi. Kami telah menampal sedikit gambar yang kami peroleh dari majalah yang sama untuk menjadikan lebih menarik.


5) Gambar ahli kumpulan serta tugasan Asas Grafik. Wajah yang ceria menggambarkan kegembiraan kami kerana telah berjaya menyiapkan tugasan ini.


6) Gambar swafoto saya bersama salah seorang daripada ahli kumpulan Tech Ninjas' Production, iaitu Syafiqah Atikah.