Friday 8 January 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

Masihkah Kau Ingat?

1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).


Huraian: Tindakan menyalin secara bulat-bulat daripada sesebuah arikel mahupun buku merupakan tindakan yang salah. Jika pelajar ingin memasukkan sesebuah ayat yang dipetik daripada sumber rujukan, pelajar seharusnya melakukan tindakan yang bijak iaitu dengan mengolah semula ayat tersebut. 


2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal. 


Huraian: Turnitin biasanya digunakan untuk mengukur peratusan plagiat bagi sesuatu kajian yang sudah siap dilaksanakan. Ia bertujuan untuk memastikan tiada unsur ciplak atau sebaliknya. Nilai peratusan yang rendah adalah lebih baik.


3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.


Huraian: Rujukan utama merupakan rujukan yang dipercayai keaslian dan kesahihannya berbanding rujukan sekunder. Oleh itu, pelajar digalakkan untuk menggunakan rujukan yang asli.


4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel). 


Huraian: Pembacaan artikel daripada sumber-sumber baharu amatlah digalakkan. Selain dapat meneroka info baru, artikel-artikel yang terkini lazimnya menggunakan struktur bahasa yang bersifat lebih moden dan sesuai dengan konteks masa kini.


5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan. 


Huraian: Melibatkan diri dalam seminar atau persidangan secara tidak langsung dapat memberi pendedahan buat pelajar. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif kepada pelajar untuk lebih bersedia dalam menghasilkan penyelidikan. 


6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang. 


Huraian: Pelajar seharusnya merujuk kepada pakar terhadap bidang sekiranya ada sebarang persoalan berkenaan penyelidikan yang ingin dijalankan. Pelajar tidak digalakkan untuk mengemukakan pertanyaan kepada pelajar lain kerana pelajar lain juga berada dalam proses pembelajaran. 


7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).


Huraian: Berikut merupakan anggaran bagi jumlah halaman yang perlu ada bagi setiap isi dan penghuraian bab. Oleh itu, pelajar hendaklah melakukan perancangan awal agar tidak tersasar daripada jumlah peruntukan bilangan muka surat yang disarankan bagi setiap kajian yang ingin dijalankan. 


8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.


Huraian: Pelajar wajar mematuhi syarat yang diperlukan, di mana keseluruhan tesis yang dijalankan itu mestilah tidak melebihi had maksimum iaitu sebanyak 80 halaman khususnya bagi program bacelor. Begitu juga dengan peringkat lain seperti master dan phD. Namun begitu, ia bergantung kepada fakulti serta universiti, seperti mana yang ditetapkan. 


9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.


Huraian: Setiap pelajar disarankan untuk melakukan perancangan sepanjang tempoh pengajian. Ia termasuklah membuat susunan jadual. Perancangan yang teliti dan rapi sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk sentiasa peka terhadap tempoh penyediaan tesis seperti mana yang ditetapkan. 


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


BUKTI KEHADIRAN KULIAH 🌻



No comments:

Post a Comment