1. Teks Asal: I can see in your eyes that you are a kind person.
Terjemahan Melayu: Saya dapat melihat melalui mata anda bahawa anda merupakan seorang yang baik hati.
Bukti: Lirik Lagu 1 (Keluarga)
Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai
2. Teks Asal: A friend is when she/he understands you no matter how difficult you try to explain the situation.
Terjemahan Melayu: Seorang rakan adalah dia yang sentiasa memahami anda tidak kira betapa sukarnya bagi anda untuk menerangkan tentang sesuatu situasi itu.
Bukti: Lirik lagu 1 (Keluarga)
Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka
3. Teks Asal: A good friend is when she/he is not being judgemental towards you.
Terjemahan Melayu: Sahabat yang baik adalah dia yang tidak akan pernah menghakimi diri anda.
Bukti: Lirik lagu 2 (Diri)
Saya belajar setiap masa
Sifat sabar diambil kira
Dugaan besar selalu ada
Dikongsi bersama keluarga
4. Teks Asal: No matter how ready you are to face the world, the world will always try to make you feel challenge.
Tidak kira bagaimana anda bersedia berhadapan dengan dunia, dunia akan sentiasa berusaha membuat anda merasakan erti cabaran.
Bukti: Lirik Lagu 4 (Saya Tahu)
Hati saya siapa yang tahu
Saya sendiri jadi keliru
Ingin menangis seperti selalu
Air mata keluar menderu
5. Teks Asal: I am willing what I have with others.
Terjemahan Melayu: Saya sedia berkongsi setiap apa yang saya ada dengan orang lain.
Bukti: Lirik Lagu 3 (Saya yang Istimewa)
Saya yang istimewa
Bersikap baik sesama manusia
Saya dilihat berlainan rupa
Semangat positif dikongsi bersama
6. Teks Asal: What I have today will not be mine if I am not honest. Be honest in everything that you do.
Terjemahan Melayu: Apa yang saya miliki pada hari ini tidak akan menjadi milik saya sekiranya saya tidak berlaku jujur. Sentiasalah jujur terhadap segala perkara yang anda lakukan.
Bukti: Lirik Lagu 2 (Diri)
Saya seorang yang baik hati
Jujur dan ikhlas di dalam diri
Saya belajar berdikari
Menolong orang setiap hari
7. Teks Asal: Be kind. Be honest. Work hard and do your best.
Terjemahan Melayu: Berbuat baik. Berlaku jujur. Bekerja keras dan lakukan dengan yang terbaik.
Bukti: Lirik Lagu 2 (Diri)
Kawan-kawan semua
Inilah saya yang istimewa
Saya sentiasa berusaha
Menjadi insan yang berguna
8. Teks Asal: I am a full of emotions but my emotions will not give negative impacts towards others.
Terjemahan Melayu: Saya merupakan seorang yang penuh dengan emosi namun emosi tersebut tidak akan memberikan kesan yang negatif kepada orang lain.
Bukti: Lirik Lagu 4 (Saya Tahu)
Saya tahu
Semua mahu
Soalan bertalu-talu
Senyum membisu
9. Teks Asal: Although I am emotionally challenged but I will try my best not to make you feel burden.
Terjemahan Melayu: Meskipun saya dicabar secara emosional, namun saya akan sentiasa cuba lakukan yang terbaik untuk tidak membuatkan anda merasa terbeban.
Bukti: Lirik Lagu 4 (Saya Tahu)
Saya cuba memahami
Diri saya sendiri
Mengapa jadi begini
Ayah dan ibu susah hati
10. Teks Asal: My parents will be happy when I am better person.
Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya pasti akan gembira sekiranya saya menjadi orang yang lebih baik.
Bukti: Lirik Lagu 3 (Saya yang Istimewa)
Saya dengan dunia
Belajar berdikari setiap masa
Hormati orang lebih dewasa
Satu perkara disanjungi bersama
Rujukan:
Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT.
Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.
BUKTI KEHADIRAN KULIAH 🌻
No comments:
Post a Comment