Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020: Keluarga Tercinta

Haiiiii semuaaa 
Harini saya nak share sikit tentang keluarga yang saya cintai hehe  


Ini adalah potret keluarga saya. Saya bersyukur kerana dikurniakan sepasang ibu bapa yang sangat penyayang dan prihatin terhadap saya. Seperti yang dapat dilihat, saya merupakan anak sulung daripada dua beradik (sebabtu garang kihkihkih). Eh tak tak. Saya seorang kakak yang bertanggungjawab dan penyayang ya (◕^^◕). 
Ayah saya bernama Johar bin Husin, beliau kini berusia 54 tahun. Setelah beliau dimasukkan ke wad akibat masalah kencing manis, beliau terpaksa berhenti kerja atas masalah kesihatan. Kini, beliau membuat kerja separuh masa, iaitu bekerja sebagai seorang penghantar barangan pos, di bawah syarikat Skynet Express tidak jauh dari kawasan kediaman kami. Manakala, ibu saya pula bernama Zaihanon binti Mijan, beliau pula kini berusia 47 tahun. Ibu saya merupakan seorang Pembantu Khidmat Pelanggan di Syarikat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Kempas Johor. Beliau telah berkhidmat di Syarikat yang sama selama 28 tahun. Kedua-dua ibu bapa saya merupakan seorang yang sangat penyayang dan mementingkan pelajaran anak-anak. Mereka merupakan sumber kekuatan saya dan adik saya untuk sentiasa berjuang dalam pembelajaran, sehinggalah saya berjaya melangkahkan kaki ke peringkat Universiti.


Gadis berbaju hitam yang sedikit tinggi daripada saya itu adalah merupakan adik saya. Satu-satunya adik perempuan saya ini bernama Atiya Al Kamilah (Pemberian yang Sempurna) kini berumur 18 tahun. Adik saya baru sahaja penamatkan sesi persekolahan tingkatan 5 di SMK Medini, Nusajaya Johor. Kini, dia sedang membuat kerja sambilan sebagai pelayan restoran di Legoland Hotel Malaysia Resort, sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diumumkan tidak lama lagi. Memandangkan kami hanya dua beradik, maka hubungan kami sangat rapat dan erat. Walaupun kami sering menimbulkan pergaduhan kecil, tetapi tidak melebihi rasa kasih dan sayang antara kami berdua. Hakikatnya, kami saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Semoga adik saya tak baca entri ini, sebab takut dia bangga pula :')

No comments:

Post a Comment