Cerita sosial 2 bermula apabila bapa Alim
membawa banyak buah-buahan pulang ke rumah yang dibeli olehnya di sebuah pasar
tani. Imran, Madinah, Alim dan Aisyah berasa sangat teruja dan seronok.
Buah-buahan tempatan adalah merupakan kegemaran mereka berempat. Ibu Alim menyediakan
bakul sampah. Ibunya seorang yang sangat menitik beratkan kebersihan. Beliau meminta
anak-anaknya untuk membuang sampah ke dalam bakul yang disediakan. Sewaktu
mereka sedang menikmati buah-buahan tersebut, Alim teringat akan sahabatnya
iaitu Sulaiman. Alim meminta izin ibu bapanya untuk memberikan sedikit
buah-buahan kepada Sulaiman. Alim sentiasa ingat pesan ibu bapanya bahawa
berkongsi barang dan makanan itu adalah satu perbuatan yang baik. Ibu
mengasingkan buah ke dalam plastik merah. Alim memberikan buah-buahn itu kepada
Sulaiman yang sedang menyiram pokok di luar rumahnya. Sulaiman tersenyum. Dia
mengucapkan terima kasih kepada Alim. Selesai makan, Alim membantu keluarganya
mengemas rumah. Sewaktu dia membawa sampah menuju ke tong sampah besar di luar
rumah, dia terserempak dengan Mak Cik Timah. Mak Cik Timah mengucapkan terima
kasih kepada Alim kerana telah memberi buah kepada anaknya Sulaiman.
Rujukan
Noraien & Normaliza (2019). Eh!!! Media Sosial. Malaysia: Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment