Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 Cara menulis blog dengan baik
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Ulasan 
Blog adalah merupakan salah satu platform yang baik bagi seseorang dalam usaha meningkatkan kemahiran khususnya dalam bidang penulisan. Sebuah blog yang baik dan seharusnya menepati beberapa kriteria seperti yang dinyatakan diatas. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pemilihan tajuk yang sesuai dan berkesan berkebolehan tinggi untuk menarik perhatian pembaca terhadap blog tersebut. Tajuk yang kreatif akan menimbulkan rasa berkobar-kobar dalam diri pembaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang isi penulisan yang ingin disampaikan penulis. Selain  itu, cerita atau peristiwa yang ingin digambarkan juga hendaklah sesuai dan mampu menarik perhatian pembaca. Hal ini demikian bermakna penulisan tersebut mestilah mengandungi elemen-elemen yang menarik, seperti menyelitkan unsur-unsur yang bersifat jenaka serta menggunaan ayat yang bersifat humor. Ia bertujuan untuk menonjolkan sedikit hiburan bagi mengelakkan pembaca mudah berasa bosan apabila membaca. Hujah yang dikemukan dalam menghuraikan penulisan blog tersebut hendaklah baik dan boleh dipercayai, unsur yang menyeleweng dari apa yang hendak diperkatakan perlu dielakkan. Isi atau idea penulisan juga lebih sempurna jika dikaitkan dengan perkara-perkara baru atau terkini kerana ia merupakan perkara yang dekat dengan pembaca. Struktur ayat yang digunakan dalam menghurai juga perlulah bersifat ringkas, tidak terlalu panjang dan tidak meleret-leret. Hal ini demikian bertujuan untuk memudahkan pembaca untuk memahami perkara yang ingin disampaikan oleh penulis sekali gus dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan antara pembaca dan penulis. Blog yang baik juga dapat dihasilkan dengan memasukkan unsur moral dan nilai estetika dengan berkesan. Akhir sekali, penulis blog hendaklah berilmu atau tahu apa yang ingin ditulis untuk mencipta lebih banyak penulisan yang baik, khususnya dalam aspek pendidikan.

Rujukan
Noraien & Normaliza (2019). Eh!!! Media Sosial. Malaysia: Universiti Malaysia Terengganu. 

No comments:

Post a Comment