Menurut Noraien Mansor &
Normaliza Abd Rahim (2019), keputusan kajian terbahagi kepada tiga
bahagian yang berkaitan dengan blog
iaitu pengajian kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan pembelajaran multimedia.
Graf 6.1 menunjukkan perspektif
responden tentang blog berdasarkan pengajian kesusasteraan dengan jelas. Menurut
Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim (2019), kebanyakan responden akan memilih salah satu
daripada genre kesusasteraan untuk ditulis di dalam blog mereka mengikut apa
yang disukainya. Antaranya adalah puisi, dapat dilihat bahawa responden wanita
lebih gemar menulis puisi di dalam blog berbanding lelaki. Walau bagaimanapun,
kedua-dua respoden lelaki dan perempuan mencadangkan bahawa puisi adalah genre
yang sesuai untuk ditulis dalam blog. Penulisan puisi dapat meningkatkan tahap
keyakinan serta motivasi kepada seseorang pelajar. Bagi cerpen pendek pula, peratusan
bagi kedua-dua responden lelaki dan perempuan adalah tinggi, iaitu lebih
daripada 80% kerana mereka menyatakan bahawa menulis cerpen pendek dapat
menambah baik kemahiran menulis. Malah,
ia mudah untuk ditulis dan difahami pembaca. Seterusnya, penulisan skrip pula
menunjukkan peratusan responden perempuan lebih tinggi berbanding responden lelaki
kerana wanita lebih gemar untuk berkongsi idea dan pandangan. Kemudian,
responden perempuan adalah lebih ramai memilih untuk menulis pantun di dalam
blog mereka berbanding responden lelaki. Hal ini kerana kebanyakan responden
wanita tersebut menyatakan bahawa mereka suka membaca pantun yang berunsur romantik.
Graf 6.2 menunjukkan peratusan
cara menggunakan blog dalam pembelajaran bahasa. Menurut Noraien Mansor dan
Normaliza Abd Rahim (2019), responden wanita mencatatkan peratusan yang lebih
tinggi berbanding responden lelaki bagi penulisan surat. Ini disebabkan
responden wanita dikatakan suka menulis surat kepada teman istimewa atau ibu
bapa mereka. Manakala, responden lelaki pula mungkin tidak suka menulis
memandangkan mereka lebih suka bercakap secara bersemuka. Responden wanita menyatakan
surat yang romantic ditulis untuk dibaca dengan penuh perasaan, mankala surat yang
ditulis kepada ibu bapa pula adalah lebih jujur. Selain itu, menulis blog juga
adalah cara untuk meluahkan perasaan. Peratusan wanita adalah lebih tinggi
berbanding lelaki memandangkan responden wanita lebih bersikap sentimental
serta menganggap blog sebagai medium terbaik untuk meluahkan perasaan. Berbeza
pula dengan responden lelaki yang mengatakan bahawa penulisan perasaan yang
dibaca oleh orang lain akan membuatkannya berasa malu. Tambahan pula, bilangan
responden untuk kedua-dua jantina adalah hampir sama bagi penulisan teka-teki
di dalam blog. Responden bersetuju bahawa respon yang ditinggalkan oleh pembaca
di ruangan komen dapat meningkatkan motivasi mereka untuk menulis lebih banyak
lagi teka-teki di dalam bahasa sasaran.
Graf 6.3 pula menunjukkan penulisan
blog membantu responden dalam proses pembelajaran teknologi. Bagi video, 100%
responden lelaki dan wanita bersetuju bahawa memasukkan video ke dalam blog
dapat memberikan kepuasan kepada mereka. Responden gemar untuk meletakkan klip
video berkenaan cerita pendek atau dokumentari di dalam blog masing-masing.
Bagi audio pula, peratusan bagi kedua-dua responden lelaki dan wanita adalah
masih sama iaitu sebanyak 100%. Ini kerana mereka gemar untuk memasukkan lagu
kegemaran mereka di dalam blog. Ini jelas menunjukkan bahawa audio adalah
elemen yang penting untuk dimasukkan ke dalam blog. Responden memilih untuk
menletakkan audia yang berunsur sentimental serta tekno. Akhir sekali, bagi
gambar pula mencatatkan peratusan responden wanita lebih tinggi berbanding
lelaki kerana wanita lebih suka mengambil gambar. Responden mengatakan bahawa
sesuatu gambar yang diletakkan mampu
menceritakan sesuatu dalam blog.
Rujukan
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment