Menurut Noraien Mansor & Normaliza
Abd Rahim (2019), terdapat beberapa manfaat penggunaan Instagram. Penggunaan
Instagram dapat membantu seseorang dalam mempelajari cara untuk merakam
sesebuah video. Dalam hal ini, pengguna dapat merakamkan sebuah situasi yang
diingini dengan mudah kerana semuanya sudah tersedia di dalam aplikasi
tersebut. Selain itu, penggunaan Instagram juga dapat membolehkan pengguna
untuk menonton cerita pendek Instagram pengguna lain. Sebagai contoh,
berpeluang untuk melihat video di cerita pendek Instagram yang ringkas dan
fleksibel. Cerita pendek itu pula dapat memberi peluang untuk membuka hati
kepada khalayak umum tentang aktiviti rutin harian. Dalam hal ini, dapat
dilihat bahawa lebih ramai yang gemar meninggalkan cerita pendek di ruangan
Instagram berbanding meninggalkan kapsyen di Instagram, malah Instagram juga
dapat membolehkan mereka berkongsi pengetahuan kepada pengguna Instagram lain.
Seterusnya, Instagram juga bermanfaat dalam memberi ruang kepada seseorang
untuk mempelajari kemahiran dan benda baharu di cerita pendek Instagram sekali
gus berupaya meningkatkan penggunaan teknologi. Hal ini dapat dikaitkan dengan
proses memuat naik cerita pendek Instagram yang amat mudah iaitu dengan hanya
mengambil masa beberapa minit sahaja untuk dikongsi kepada pengguna lain.
Tambahan pula, Instagram juga berupaya dalom mebantu pengajar untuk
mencipta sukatan pelajaran baharu dengan memasukkan penggunaan teknologi baharu
seiring dengan kemajuan teknologi kini. Instagram juga dapat memberi berkongsi
pengetahuan kepada orang lain dengan mencipta aura positif. Sebagai contoh,
berpeluang untuk berkongsi sesuatu yang baik dan mampu menjadi ikutan pengguna
lain berbanding berkongsi perkara yang tidak baik. Dalam pada itu, pengguna
akan lebih cenderung untuk menggunakan bahasa serta menonjolkan kelakuan yang
sesuai ketika merakam video atau gambar. Dengan cara tersebut, pengikut akan
mudah untuk faham sesebuah mesej yang ditinggalkan oleh pengguna lain.
Rujukan
Noraein Mansor & Normaliza Abd
Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial.
Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment