Thursday 5 March 2020

BBM3410Satu2020: Teori Analisis Wacana Kritis


Teori Analisis Wacana Kritis (Vandijk, 1977)
VanDijk (1977) pula membahagikan analisis wacana kepada beberapa elemen iaitu makro dan mikro , kuasa kawalan, kawalan macana awam dan kawalan pemikiran (Rajah 1). Setiap elemen mengandungi huraian yang perlu dianalisis. Struktur makro dianalisis dengan melihat makna global daripada suatu teks yang dapat diamati serta daripada topik atau tema sesuatu teks. Superstruktur pula membincangkan tentang kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan, isi, penutup dan kesimpulan. Struktur mikro pula memberi fokus kepada makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh teks. 


Struktur Makro

Makna global daripada suatu teks yang dapat diamati

Daripada topik/tema suatu teks
Superstruktur
Kerangka suatu teks seperti bahagian pendahuluan,
isi, penutup dan kesimpulan
Struktur Mikro
Makna lokal daripada suatu teks yang dapat diamati
daripada pilihan kata, kalimat dan gaya yang dipakai oleh suatu teks
Rajah 1: Teori Analisis Wacana Kritis oleh VanDijk (1977)

Rumusan:
Menurut Normaliza Abd Rahim (2019), teori analisis wacana kritis yang dikemukan oleh Vandijk terbahagi kepada tiga struktur, iaitu struktur makro, superstruktur, serta struktur mikro. Struktur makro adalah merupakan struktur yang dilihat dengan lebih luas kerana ia dianalisis dengan melihat kepada makna global daripada sesuatu topik ataupun tema bagi sesuatu teks. Selain itu, superstruktur pula dilihat sebagai perincian atau kerangka bagi sesuatu teks. Akhir sekali, struktur mikro pula dikatakan lebih berfokus kepada makna lokal bagi sesuatu teks yang diamati. 
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 

No comments:

Post a Comment