Monday 21 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU9 QUOTATION(2)


1. Teks Asal: When someone is angry at you, just smile and ask for forgiveness.


Terjemahan MelayuApabila seseorang memarahi kamu, tetaplah tersenyum dan meminta maaf kepadanya.


Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

“Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!,” kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. “Begini, perlahan-lahan ya!,” bisik ibu perlahan.

 


2. Teks Asal: When you are at the lowest point in your life, just remind yourself that it will go away soon. Time heals.


Terjemahan Melayu: Jika hidup kamu berada dalam kesulitan, berkatalah kepada diri bahawa segalanya akan berlalu kerana masa pasti akan mengubatinya.


Bukti: Cerita Sosial 5: Jiran

“Abang tidak sihat, adik,” jawab jbu sambil memujuk adik perempuan Alim. Abang dan kakak sedih melihat Alim dan adik perempuan mereka. Mereka juga menangis.



3. Teks Asal: Always be kind to others.


Terjemahan MelayuSentiasalah bersikap baik terhadap orang lain.


Bukti: Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

“Mak Cik Timah tak sedih. Mak Cik Timah gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman,” kata Mak Cik Timah sambil memandang ke arah Sulaiman yang membasuh basikal kecilnya.

 


4. Teks Asal: Love and care for yourself first before you tend to love and care for others.


Terjemahan MelayuSayangi diri anda terlebih dahulu sebelum anda menyayangi diri orang lain.


Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

“Saya sayang keluarga saya,” ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.

 


5. Teks Asal: Say nice things, say good things and you will find happiness in life.


Terjemahan Melayu: Sentiasalah berkata tentang perkara yang positif, maka hidup anda akan menemukan kebahagiaan.


Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

“Terima kasih ibu. Terima kasih bapa,” jawab Alim. 

 


6. Teks Asal: I will not judge you. I am just a normal person.


Terjemahan Melayu: Saya tidak akan menilai anda kerana saya juga manusia biasa.


 Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

“Anak ibu baik. Anak ibu rajin. Mari ibu tolong!,” kata ibu sambil mengambil penyapu dan memegang batang penyapu bersama Alim. “Begini, perlahan-lahan ya!,” bisik ibu perlahan.



7. Teks Asal: To me, you are the most precious person in the world.


Terjemahan MelayuBagi saya, anda adalah orang yang paling berharga di dunia.


Bukti: Cerita Sosial 3: Keluarga Saya

“Saya sayang keluarga saya,” ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.

 


 8. Teks Asal: When I look at you, I will smile. My love will always be with you.


Terjemahan Melayu: Apabila saya melihat anda, saya akan tersenyum. Cintaku akan sentiasa bersamamu.


Bukti: Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

Mak Cik Timah memandang ke arah Alim yang berjalan masuk ke rumah. Mak Cik Timah  berdoa akan kesihatan dan kesejahteraan Alim sekeluarga. 



9. Teks Asal: Kindness will speak the truth.


Terjemahan Melayu: Setiap kebaikan adalah sebuah kebenaran.


Bukti: Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

“Ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik”, sambung Alim lagi.

 


10. Teks Asal: Be a better person today and you will find happiness.


Terjemahan Melayu: Jadilah orang yang lebih baik dari hari ini dan anda akan mendapat kebahagiaan yang dicari.


Bukti: Cerita Sosial 2: Saya yang Istimewa

“Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?,” tanya Alim kepada ibunya.

 

Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT. 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.



BUKTI KEHADIRAN KULIAH🌻

No comments:

Post a Comment