Tuesday 29 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(4)

Ayam Panggang Rosemary bersama Epal dan Kentang

⭐⭐⭐⭐⭐       44 Penilaian   |   31 Ulasan   |    7 Gambar


Permulaan musim luruh didatangi dengan musim buah epal, ini bermakna sudah tiba masanya untuk memasak! Selain pai epal,epal panggang juga sesuai dimasak dengan ayam! Hidangan ini sesuai dijadikan sebagai makanan pada musim panas, gabungan ayam panggang yang rangup bersama epal, kentang, dan bawang menjadikan ia sebagai hidangan ayam panggang yang cukup enak dan lazat.


Bahan-bahan

        Semburan masakan

        2 sudu besar mentega

        I biji bawang besar, dihiris

        garam, ditambah mengikut cita rasa

        4 sudu kecil gula putih

        5 biji buah epal bersaiz sederhana – dikupas, dan dipotong kepada 1/4 inci

        1 paun kentang emas Yukon, dipotong kepada 1/4 inci

        2 sudu besar minyak zaitun

        6 bahagian tulang, kulit pada bahagian peha ayam

        2 sudu kecil rosemary segar yang dicincang

        sedikit lada hitam

 

Cara- cara  


   Langkah 1

Panaskan ketuhar hingga 400 darjah F (200 darjah C). Semburkan bahagian atas dan bawah dengan semburan memasak.

 

   Langkah 2

Cairkan mentega dalam kuali di atas api sederhana dan masukkan hirisan bawang. Taburkan bawang dengan 1 sudu teh garam dan tumiskan selama 2 minit. Masukkan gula dan masak sehingga bawang sedikt layu tetapi tidak berwarna coklat, lebih kurang 6 hingga 8 minit. Keluarkan dari panas.

 

   Langkah 3

Lapiskan epal, kentang, dan hirisan bawang tumis di bahagian bawah kuali panggang. Tutup dengan bahagian atas kuali panggang

 

   Langkah 4

Tuangkan minyak zaitun ke atas paha ayam. Taburkan juga rosemary, garam, dan lada hitam. Lumur minyak zaitun dan rempah-rempah sehingga rata dan letakkan di atas panci panggang.

 

   Langkah 5

Panggang di dalam ketuhar yang telah dipanaskan sehingga air sedikit kering  dan termometer segera diletakkan pada bahagian paha yang berhampiran tulang, bacaan 165 darjah F (74 darjah C), kira-kira 1 jam. Hidangkan epal, kentang, dan bawang bersama paha ayam.

 

Fakta Nutrisi

Per hidangan:

404 kalori; protein 21.3g; karbohidrat 34.8g; lemak 20.5g; kolesterol 81.2mg; natrium 486mg.

 

 

Rujukan:

Allrecipes.. (2020). Greek Lemon Chicken and Potatoes.. Dicapai pada Disember 29, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/276263/rosemary-roasted-chicken-with-apples-and-potatoes/. 


BUKTI KEHADIRAN KULIAH 🌻

No comments:

Post a Comment