14 DISEMBER 2020
1) Tidak kira apa jua keadaannya, jangan pernah menyakiti orang lain. Jangan pernah berfikir untuk melakukannya. Anda tidak pernah tahu apa yang dilalui oleh orang tersebut. Sekiranya anda tidak dapat mengungkapkan perkataan yang baik atau melakukan sesuatu yang menyenangkan, diam adalah jalan terbaik. Sudah terlalu banyak kejahatan di dunia masa kini, anda tidak perlu menambahkannya!
4) Sekiranya anda tidak melakukannya dengan cara mereka, itu tidak bermakna anda silap, rasa rendah atau berada di luar landasan. Biarkan mereka mengatakan apa yang mereka mahu. Mereka tidak akan pernah berhenti mencerca anda. Jangan rasa terganggu oleh suara mereka. Nilai anda ditentukan oleh Yang Mahakuasa. Bersungguh-sungguh untuk Dia sahaja, bukan mereka. Dia lebih mengetahui.
5) Sentiasa bersikap baik kepada mereka yang anda temukan sepanjang hidup ini. Ingatlah, kita semua berada dalam perjalanan. Perjalanan anda tidak sama dengan perjalanan saya. Dan milik saya tidak sama dengan milik anda. Sekiranya kita bertemu di jalan tertentu, semoga kita dapat saling mendorong dan membina antara satu sama lain dan bukan pula meruntuhkan sesama sendiri.
Sumber:
Akaun Twitter Rasmi Mufti Menk @muftimenk (https://mobile.twitter.com/muftimenk?s=08).
BUKTI KEHADIRAN KELAS 🌻
No comments:
Post a Comment