Tuesday 29 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)

1. Teks Asal:When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again.

Terjemahan Melayu: Apabila saya berasa tenang, akan tetapi perkara yang sama masih berulang. Saya akan tetap berusaha menghadapinya untuk mendapatkan ketenangan semula.

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

“Kenapa ayam dan itik tinggal di sana?,” tanya Alim keliru. Alim berjalan dengan nenek ke arah reban baharu. Alim berhenti menangis. Alim tersenyum melihat ayam dan itik. Alim tidak mengendahkan nenek dan datuk yang berdiri di sebelah Alim.


2. Teks Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.

Terjemahan Melayu: Kenangan terakhir antara awak dan saya akan tetap menjadi waktu terindah yang akan sentiasa saya hargai buat selamanya. 

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

Kelihatan dari dapur, Alim ketawa bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Mereka ketawa sambil menonton cerita kartun yang tersiar di dalam televisyen. 


3. Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than anything else.

Terjemahan Melayu: Hidup dalam kemiskinan akan menyedarkan saya bahawa kehidupan ini adalah lebih berharga daripada segalanya. 

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

“Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?,” tanya Alim kepada ibunya. “Ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik”, sambung Alim lagi. 


4. Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most of the time.

Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk mendaki gunung yang paling tinggi walaupun saya tahu bahawa perkara tersebut adalah sukar.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya) 

Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah.


5. Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.

Terjemahan Melayu: Saya seorang yang baik dan saya tahu saya akan sentiasa menjadi yang terbaik. 

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa) 

"Ya, betul tu Alim. Alim anak yang baik," sebut Mak Cik Timah dengan wajah yang sedih.


6. Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.

Terjemahan Melayu: Seandainya saya dapat meluahkan rasa cinta ini kepada awak, pasti saya akan menjadi orang terbahagia di dunia ini. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

"Saya sayang keluarga saya," ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.


7. Teks Asal: I have faith in you.

Terjemahan Melayu: Saya percaya kepada awak. 

Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)

Ibu memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu tahu Alim akan belajar dengan rajin. 


8. Teks Asal: I want someone to tell me that it is going to be fine.

Terjemahan Melayu: Saya memerlukan seseorang untuk mengatakan bahawa segalanya akan menjadi baik. 

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

Nenek memujuk Alim. Nenek pegang tangan Alim smabil berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada Alim.


9. Teks Asal: My parents believe that I will be a good person one day. 

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya percaya bahawa saya akan menjadi seorang yang baik suatu hari nanti. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya) 

"Alim anak yang rajin dan baik," sebut ibu sambil memegang bahu Alim.


Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT. 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.


BUKTI KEHADIRAN KULIAH 🌻

No comments:

Post a Comment