Tuesday 29 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU10 TESIS MASIHKAH KAU INGAT?

Teks Asal

Masihkah Kau Ingat?


1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).


2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal.


3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.


4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel).


5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan.


6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang.


7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).


8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.


9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.


BBN3402SATU2020: MINGGU10 QUOTATION(3)

1. Teks Asal:When I am calm, the same thing happens again. I will fight another fight to me calm again.

Terjemahan Melayu: Apabila saya berasa tenang, akan tetapi perkara yang sama masih berulang. Saya akan tetap berusaha menghadapinya untuk mendapatkan ketenangan semula.

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

“Kenapa ayam dan itik tinggal di sana?,” tanya Alim keliru. Alim berjalan dengan nenek ke arah reban baharu. Alim berhenti menangis. Alim tersenyum melihat ayam dan itik. Alim tidak mengendahkan nenek dan datuk yang berdiri di sebelah Alim.


2. Teks Asal: The last memory I had with you will just remain as a happy moment that I cherished forever.

Terjemahan Melayu: Kenangan terakhir antara awak dan saya akan tetap menjadi waktu terindah yang akan sentiasa saya hargai buat selamanya. 

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

Kelihatan dari dapur, Alim ketawa bersama abang Imran, kak Madinah dan Aisyah. Mereka ketawa sambil menonton cerita kartun yang tersiar di dalam televisyen. 


3. Teks Asal: To live in poverty will me realise that life is more valuable than anything else.

Terjemahan Melayu: Hidup dalam kemiskinan akan menyedarkan saya bahawa kehidupan ini adalah lebih berharga daripada segalanya. 

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa)

“Ibu, boleh kita beri Sulaiman sedikit buah-buahan ini?,” tanya Alim kepada ibunya. “Ibu dan bapa selalu berpesan berkongsi barang atau makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik”, sambung Alim lagi. 


4. Teks Asal: I will work hard to climb the highest mountain although I know that it will be difficult most of the time.

Terjemahan Melayu: Saya akan bekerja keras untuk mendaki gunung yang paling tinggi walaupun saya tahu bahawa perkara tersebut adalah sukar.

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya) 

Setiap hari, Alim cuba memahami kerja seharian di rumah. Alim belajar untuk bersabar dan rajin bekerja. Alim belajar untuk menolong ibu dan bapa. Alim belajar untuk menolong abang dan kakak. Alim belajar untuk menolong adik perempuan di rumah.


5. Teks Asal: I am a good person and I know I will be the best.

Terjemahan Melayu: Saya seorang yang baik dan saya tahu saya akan sentiasa menjadi yang terbaik. 

Bukti: Cerita Sosial 2 (Saya yang Istimewa) 

"Ya, betul tu Alim. Alim anak yang baik," sebut Mak Cik Timah dengan wajah yang sedih.


6. Teks Asal: If I can narrate my love to you, I will be the happiest person in the world.

Terjemahan Melayu: Seandainya saya dapat meluahkan rasa cinta ini kepada awak, pasti saya akan menjadi orang terbahagia di dunia ini. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya)

"Saya sayang keluarga saya," ujar Alim kepada ahli keluarga yang lain.


7. Teks Asal: I have faith in you.

Terjemahan Melayu: Saya percaya kepada awak. 

Bukti: Cerita Sosial 4 (Hati)

Ibu memerhatikan Alim sambil tersenyum. Ibu tahu Alim akan belajar dengan rajin. 


8. Teks Asal: I want someone to tell me that it is going to be fine.

Terjemahan Melayu: Saya memerlukan seseorang untuk mengatakan bahawa segalanya akan menjadi baik. 

Bukti: Cerita Sosial 1 (Nenek dan Datuk)

Nenek memujuk Alim. Nenek pegang tangan Alim smabil berjalan keliling rumah sambil bercerita tentang almari, katil, kerusi dapur kepada Alim.


9. Teks Asal: My parents believe that I will be a good person one day. 

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya percaya bahawa saya akan menjadi seorang yang baik suatu hari nanti. 

Bukti: Cerita Sosial 3 (Keluarga Saya) 

"Alim anak yang rajin dan baik," sebut ibu sambil memegang bahu Alim.


Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT. 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.


BUKTI KEHADIRAN KULIAH 🌻

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(4)

Ayam Panggang Rosemary bersama Epal dan Kentang

⭐⭐⭐⭐⭐       44 Penilaian   |   31 Ulasan   |    7 Gambar


Permulaan musim luruh didatangi dengan musim buah epal, ini bermakna sudah tiba masanya untuk memasak! Selain pai epal,epal panggang juga sesuai dimasak dengan ayam! Hidangan ini sesuai dijadikan sebagai makanan pada musim panas, gabungan ayam panggang yang rangup bersama epal, kentang, dan bawang menjadikan ia sebagai hidangan ayam panggang yang cukup enak dan lazat.


Bahan-bahan

        Semburan masakan

        2 sudu besar mentega

        I biji bawang besar, dihiris

        garam, ditambah mengikut cita rasa

        4 sudu kecil gula putih

        5 biji buah epal bersaiz sederhana – dikupas, dan dipotong kepada 1/4 inci

        1 paun kentang emas Yukon, dipotong kepada 1/4 inci

        2 sudu besar minyak zaitun

        6 bahagian tulang, kulit pada bahagian peha ayam

        2 sudu kecil rosemary segar yang dicincang

        sedikit lada hitam

 

Cara- cara  


   Langkah 1

Panaskan ketuhar hingga 400 darjah F (200 darjah C). Semburkan bahagian atas dan bawah dengan semburan memasak.

 

   Langkah 2

Cairkan mentega dalam kuali di atas api sederhana dan masukkan hirisan bawang. Taburkan bawang dengan 1 sudu teh garam dan tumiskan selama 2 minit. Masukkan gula dan masak sehingga bawang sedikt layu tetapi tidak berwarna coklat, lebih kurang 6 hingga 8 minit. Keluarkan dari panas.

 

   Langkah 3

Lapiskan epal, kentang, dan hirisan bawang tumis di bahagian bawah kuali panggang. Tutup dengan bahagian atas kuali panggang

 

   Langkah 4

Tuangkan minyak zaitun ke atas paha ayam. Taburkan juga rosemary, garam, dan lada hitam. Lumur minyak zaitun dan rempah-rempah sehingga rata dan letakkan di atas panci panggang.

 

   Langkah 5

Panggang di dalam ketuhar yang telah dipanaskan sehingga air sedikit kering  dan termometer segera diletakkan pada bahagian paha yang berhampiran tulang, bacaan 165 darjah F (74 darjah C), kira-kira 1 jam. Hidangkan epal, kentang, dan bawang bersama paha ayam.

 

Fakta Nutrisi

Per hidangan:

404 kalori; protein 21.3g; karbohidrat 34.8g; lemak 20.5g; kolesterol 81.2mg; natrium 486mg.

 

 

Rujukan:

Allrecipes.. (2020). Greek Lemon Chicken and Potatoes.. Dicapai pada Disember 29, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/276263/rosemary-roasted-chicken-with-apples-and-potatoes/. 


BUKTI KEHADIRAN KULIAH 🌻

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(3)


Ayam masak lemon Greek dengan ubi kentang

⭐⭐⭐⭐⭐       1,084 Penilaian   |   753 Ulasan   |    226 Gambar

 

Saya tidak mempunyai tenaga mahupun keberanian untuk memenuhi keperluan hidup, namun penyediaan ayam masak Lemon Greek bersama ubi kentang ini menjadi salah satu resipi pembuka saya, selain untuk dihidangkan pada majlis keramaian seperti majlis perkahwinan. Berikut adalah bukti yang menunjukkan bahawa resipi ini akan menjadi pilihan ramai, mudah untuk dibuat, dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar.


Bahan-bahan 

         4 paun paha, tulang dan kulit ayam

         1 sudu besar garam kosher

         1 sudu besar oregano kering

         1 sudu teh lada hitam

         1 sudu teh daun rosemary kering

         Secubit lada cayenne

         ½ cawan jus lemon segar

         ½ cawan minyak zaitun

         6 ulas bawang putih, dicincang

        3 biji kentang russet, dikupas dan dipotong rata

        ⅔ cawan sup ayam, ditambah ke dalam kuali

         Oregano segar yang dicincang untuk hiasan


Cara-cara


   Langkah 1

Panaskan ketuhar sehingga 425 darjah F (220 darjah C). Masukkan sedikit minyak ke dalam pemanggang besar.


   Langkah 2

Letakkan kepingan ayam ke dalam mangkuk besar. Campurkan dengan garam, oregano, lada, rosemary dan lada cayenne. Tambahkan jus lemon segar, minyak zaitun, dan bawang putih. Letakkan kentang ke dalam mangkuk bersama ayan; kacau sebati sehingga ayam dan kentang bersalut rata.


   Langkah 3

Pindahkan kepingan ayam dan kulit ke dalam tempat pemanggang yang sudah siap, kemudian perapkannya. Masukkan kepingan kentang di antara paha ayam. Campurkan dengan 2/3 cawan sup ayam menggunakan sudu perapan ayam dan kentang.


   Langkah 4

Masukkan ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan. Panaskan ketuhar selama 20 minit. Masukkan ayam dan kentang, bakar lebih kurang 25 minit. Termometer bacaan segera yang dimasukkan berhampiran tulang hendaklah berukuran 165 darjah F (74 darjah C). Pindahkan ayam ke dalam pinggan hidangan dan biarkan ia hangat.


   Langkah 5

Tetapkan ketuhar pada suhu panas. Masukkan kentang sekali lagi ke dalam kuali pemanggang. Letakkan kuali pada bahagian bawah ayam, panggang sehingga kentang menjadi empuk, kira-kira 3 minit. Pindahkan ayam dan kentang ke dalam pinggan.


   Langkah 6

Letakkan kuali panggang di atas dapur dengan api sederhana. Masukkan sedikit kuah, kacau sehingga bahagian bawah kuali sedikit keperangan. Hiaskan dengan oregano yang dicincang halus.


Fakta Nutrisi

Per hidangan:

1139 kalori; protein 80.4g; karbohidrat 34.5g; lemak 74.5g; kolestrol 283.6mg; natrium 1865.5mg.


Rujukan:

Allrecipes.. (2020). Greek Lemon Chicken and Potatoes.. Dicapai pada Disember 29, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/242352/greek-lemon-chicken-and-potatoes/.


BUKTI KEHADIRAN KULIAH 🌻

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(2)


Pai Pot Ayam IX

⭐⭐⭐⭐⭐       12,854 Penilaian   |   9,055 Ulasan   |    2,325 Gambar


Pai ayam yang enak yang dibuat dari awal dengan wortel, kacang polong dan saderi.      

 


Bahan-bahan 

         Bahagian dada ayam tanpa kulit 1 paun – potong dadu

         1 cawan lobak yang dihiris

         1 cawan kacang hijau beku

         ½ cawan saderi yang dihiris

⬜         ⅓ cawan mentega

         ⅓ cawan bawang cincang

⬜         ⅓ cawan tepung serba guna

⬜         ½ garam teh

         ¼ sudu teh lada hitam

         ¼ sudu teh biji saderi

         1 ¾ cawan sup ayam

         ⅔ cawan susu

         Kerak pai 2 (9 inci) yang tidak dibakar

 

Cara- cara  

 

   Langkah 1

Panaskan ketuhar hingga 425 darjah F (220 darjah C.)

 

   Langkah 2

Dalam periuk, gabungkan ayam, wortel, kacang polong, dan saderi. Masukkan air untuk menutup dan rebus selama 15 minit. Angkat dari api, toskan dan ketepikan.

 

   Langkah 3

Dalam periuk di atas api sederhana, masak bawang dalam mentega hingga lembut dan lut. Masukkan tepung, garam, lada, dan biji saderi. Kacau perlahan perapan ayam dan susu. Didihkan dengan api sederhana-rendah hingga pekat. Angkat dari api dan ketepikan.

 

   Langkah 4

Letakkan campuran ayam di kerak pai bawah. Tuangkan campuran cecair panas ke atas. Tutup dengan kerak atas, tutup segel, dan potong adunan yang berlebihan. Buat beberapa celah kecil di bahagian atas untuk membolehkan wap keluar.

 

   Langkah 5

Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 30 hingga 35 minit, atau sehingga pastri berwarna perang keemasan dan isinya menggelegak. Sejukkan selama 10 minit sebelum dihidangkan.

 

Fakta Nutrisi

Per hidangan:

412 Kalori; Protein 18.4g; Karbohidrat 30.4g; Lemak 23.9g; Kolesterol 54.9mg; Natrium 517mg.

 

Rujukan:

Allrecipes. (2020). Chicken Pot Pie XI. Dicapai pada Disember 29, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/26317/chicken-pot-pie-ix/.


BUKTI KEHADIRAN KULIAH 🌻

BBN3402SATU2020: MINGGU10 RESIPI(1)


Biskut Mentega Itali Gina

⭐⭐⭐⭐⭐       6 Penilaian   |   4 Ulasan   |    2 Gambar


Biskut mentega gaya roti Itali-Amerika tradisional yang akan membuat anda berasa seperti anda membelinya dari kedai roti tempatan kegemaran anda di New York! Isi mereka dengan pengawet raspberry atau aprikot, atau coklat, atau celupkan satu sisi ke dalam coklat dan tutup dengan taburan - atau lakukan kedua-duanya! Apa sahaja yang anda pilih, ini pasti menjadi resipi kegemaran baru anda untuk setiap percutian dan perayaan yang akan datang!



Bahan-bahan

         2 ¼ cawan tepung kek

⬜         1 ½ cawan tepung serba guna

⬜         1 ¼ serbuk penaik sudu teh

⬜         1 sudu teh garam

⬜         1 cawan mentega tanpa garam, dilembutkan

         1 cawan gula putih

⬜         ½ cawan pemendekan sayur

⬜         4 auns pes badam

         2 biji telur besar

         Ekstrak vanila 2 sudu teh

         1 sudu teh jus lemon

         ¼ ekstrak kacang almond


Cara-cara 


 ☑    Langkah 1

Panaskan ketuhar hingga 350 darjah F (175 darjah C). 


   Langkah 2

Satukan tepung kek, tepung serba guna, serbuk penaik, dan garam dalam mangkuk sederhana.


☑    Langkah 3

Campurkan mentega, gula, dan pemendekan dalam mangkuk besar; krim dengan pengadun elektrik pada kelajuan sederhana hingga ringan dan gebu. Campurkan pes badam hingga sebati. Masukkan telur, ekstrak vanila, jus lemon, dan ekstrak badam. Kurangkan kelajuan pencampuran hingga rendah dan perlahan-lahan masukkan bahan kering. Gosokkan mangkuk setelah semua bahan kering ditambahkan, kemudian campurkan dengan kelajuan sederhana hingga rata, kira-kira 30 saat. 


☑   Langkah 4

Pasangkan beg pastri besar dengan hujung 864 atau 4S dan isi beg dengan adunan. Masukkan biskut bersaiz merata ke kepingan kuki yang tidak digosok selebar 1 1/2 hingga 2 inci, memberi ruang kuki sedikit untuk membengkak semasa membakar.


☑   Langkah 5

Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu, jika perlu, sehingga bahagian bawahnya sedikit kecoklatan, 8 hingga 10 minit. Sejukkan pada loyang selama 5 minit sebelum dibawa ke rak dawai sehingga sejuk sepenuhnya.

 

Fakta Nutrisi

Per hidangan:

122 Kalori; Protein 1.5g; Karbohidrat 13.6g; Lemak 6.9g; Kolesterol 17.9mg; Natrium 65mg.

 

Rujukan:

Allrecipes. (2020). Gina Italian Butter Cookies. Dicapai pada Disember 29, 2020 dari https://www.allrecipes.com/recipe/279153/ginas-italian-butter-cookies/.


BUKTI KEHADIRAN KULIAH🌻



Monday 21 December 2020

BBN3402SATU2020: MINGGU9 WACANA

[TEKS ASAL]

Keluarga

Saya berasa puas hati

Menolong ibu bapa setiap hari

Bermula di pagi hari

Sehingga malam nanti


Ibu bapa yang disayangi

Saya tetap berhati-hati

Menjaga budi pekerti

Keluarga saya yang dicintai


Saya sayang ibu dan bapa

Abang, kakak, adik dan saudara

Mereka semua ada bersama

Semasa saya memerlukan mereka


[TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS]

Family

I feel satisfied

Helping parents every day

Sarting from the morning

Until night


Dear parents

I remain careful

Maintain good manners

My beloved family


I love mom and dad

Brother, sister, younger sister and cousin

They are all there being together

When I need them here


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.


BUKTI KEHADIRAN KULIAH🌻


BBN3402SATU2020: MINGGU9 TESIS BAB 1

Tugasan Kumpulan



Jangan Lupa!

Penulisan Pengenalan

1.    Penulisan Pengenalan haruslah ringkas dan padat.

2.    Satu perenggan sahaja.

3.    Jelaskan apa yang terdapat dalam bab ini.

4.    Huraian ringkas tentang kajian yang dilakukan.

5.    Tidak menyentuh tentang latar belakang kajian.

2


Don’t forget!

Introductory Writing

1.    National writing should be concise and compact.

2.    One paragraph only.

3.    Explain what is found in this chapter.

4.    Brief description of the study conducted.

5.    Do not touch on the background of the study. 


________________________________________________________________

Jangan Lupa!

Penulisan Latar Belakang Kajian/Sejarah/Asal Usul

1.    Sejarah/asal usus tentang kajian yang dijalankan.

2.    Rujukan yang menyokong pernyataan (minimum lima rujukan).

3.    Penanda wacana yang sesuai supaya lebih ke arah penulisan akademik.

4.    Lebih kurang dalam3-5 halaman.

4


Dont’t forget!

Writing of the Background Study/History/Origin

1.    History/origin of the study conducted.

2.    References that support the statement (minimum of five references).

3.    Appropriate discourse markers to be more towards academic writing.

4.    Approximately within 3-5 pages.

4

________________________________________________________________

Jangan Lupa!

Penulisan Permasalahan Kajian

1. Jumlah perenggan mengikut jumlah objektif kajian (minimum satu perenggan untuk satu objektif). Contoh, perenggan satu terdiri daripada kajian yang mempunyai jurang penyelidikan. Minimum dua atau tiga rujukan dan di akhir perenggan pelajar harus mengaitkan dengan kajian yang akan dilakukan.

2. Permasalahan kajian boleh merujuk bahan seperti akhbar (pernyataan menteri ataupun pakar), majalah (Dewan Bahasa dan Pustaka) berbentuk akademik, artikel dalam jurnal berbentuk kajian, apa juga tulisan yang didokumentasikan dan buku akademik.

3. Tidak boleh merujuk bahan seperti majalah hiburan, pendapat sendiri, akhbar yang tiada kesahihan berita dan apa jua pernyataan yang tidak didokumentasikan.

4. Penjelasan pernyataan masalah perlu jelas dan tepat.

5. Mengenal pasti jurang dalam kajian.

6. Pernyataan masalah seharusnya kenyataan yang menampakkan jurang penyelidikan serta berkaitan dengan kajian yang akan dilakukan.

7. Rujukan pernyataan masalah seharusnya daripada rujukan lima tahun kebelakang.


7

Don’t forget!

Writing the Problem of the Study

1.    Number of paragraphs according to the total objectives of the study (minimum one paragraph for one objective). For example, paragraph one consists of a study that has a research gap. A minimum of two or three references and at the end of the paragraph the student should relate to the study to be done. 

2.    Problems of the study can refer to materials such as newspapers (minister or expert statement), magazines (Dewan Bahasa dan Pustaka) in academic form, articles in journals in the form of studies, any documented writing and academic books.

3.    Cannot refer to materials such as entertainment magazines, personal opinions, newspapers that have no validity of news and any statements that are not documented. 

4.    The explanation of the problem statement should be clear and accurate. 

5.    Identify gaps in the study.

6.    Problem statement should be a statement that shows the research gap and related to the study to be done. 

7.    The problem statement reference should be from the reference five years ago.

7

________________________________________________________________


Jangan lupa! 


Penulisan Persoalan Kajian

1.      Persoalan kajian ditulis dalam bentuk poin.

2.      Persoalan kajian ditulis dalam bentuk soalan.

3.      Letakkan tanda soal di akhir ayat.

4.      Jelas dan tepat.

5.      Bertitik tolak daripada pernyataan masalah.

6.      Berkait rapat dengan objektif kajian.

7.      Berkait rapat dengan tajuk tesis.

9


Don’t forget!

Writing of The Research Questions

1.      Research questions are written in the form of points.

2.      Research questions are written in the form of questions.

3.      Put a question mark at the end of the sentence.

4.      Clear and precise.

5.      Subtract points from the problem statement.

6.      Related to the objectives of the study.

7.      Related to the title of the thesis.

9

________________________________________________________________

Jangan Lupa!

Penulisan Objektif Kajian

1.    Berkait rapat dengan persoalan kajian.

2.    Berkait rapat dengan permasalahan kajian.

3.    Berkait rapat dengan tajuk tesis.

4.   Menggunakan domain pembelajaran Taksonomi Bloom (1956) sebagai perkataan pertama.

5.    Memastikan domain yang dipilih daripada senang kepada sukar (mengikut tahap Bloom).

6.    Tidak boleh terlalu panjang sehingga mengelirukan.

10


Don’t forget!

Writing of The Objectives of the Study

1.     Related to research questions.

2.     Related to research problems.

3.     Related to the thesis title.

4.     Using the learning domain of Bloom's Taxonomy (1956) as the first word.

5.     Ensure the selected domain from easy to difficult (according to Bloom level).

6.     Cannot be too long until it becomes confusing.

10

________________________________________________________________

Jangan Lupa!

Penulisan Kepentingan Kajian

1.      Pilih kepentingan kajian yang bersesuian dengan kajian.

2.      Pilih sama ada dalam bentuk poin atau perenggan.

3.      Jelaskan setiap kepentingan dalam minimum 10 ayat.

4.      Bahagian ini tidak memerlukan rujukan.

5.      Kepentingan kajian minimum tiga.

6.      Kepentingan kajian maksimum lima.

17


Don’t forget!

Writing of The Importance of The Study

1.      Select the importance of the study that is appropriate to the study.

2.      Choose either in the form of points or paragraphs.

3.      Explain each importance in a minimum of 10 sentences.

4.      References are not requires in this section.

5.      Minimum three of the importance of a study.

6.      Maximum five of the importance of a study.

17

________________________________________________________________

Jangan Lupa!

Penulisan Batasan Kajian

1.      Jelaskan batasan bagi setiap satu.

2.      Sertakan justifikasi bagi setiap satu.

3.      Batasan pemilihan sampel (jika ada).

4.      Batasan pemilihan istrumen (jika ada).

5.      Batasan pemilihan bahan (jika ada).

6.      Batasan pemilihan teori (jika ada).

18


Don’t forget!

Writing of The Limitations of the Study

1.      Explain the limitations for each.

2.      Include justification for each.

3.      Limitation of sample selection (if any).

4.      Limitation of instrument selection (if any).

5.      Limitations of material selection (if any).

6.      Limitations of theoretical selection (if any).

18

________________________________________________________________

Jangan Lupa! 


Penulisan Definisi Operasional

1.      Pilih frasa atau perkataan yang berkait rapat dengan tajuk dan kajian.

2.      Pemilihan definisi berkait rapat dengan kajian walaupun tiada dalam tajuk tesis.

3.      Jangan beri definisi perkataan seperti kamus.

4.      Rujukan tidak wajib dalam bahagian ini.

19


Don’t forget!

Writing of The Operational Definitions

1.      Choose the phrases or words that are related to the topic and study.

2.      The selection of definitions is related to the study even though it is not in the thesis title.

3.      Do not give definitions of the words such as dictionaries.

4.      References are not required in this section.

19

________________________________________________________________

Jangan Lupa!  


Penulisan Organisasi Kajian

1.      Penulisan organisasi kajian tidak boleh sama dengan pengenalan bab.

2.      Jelaskan dengan tepat dan terperinci.

3.      Susunan organisasi seharusnya boleh difahami dengan mudah.

4.      Setiap bab dalam perenggan yang baru.

20


Don’t forget!

Writing of The Research Organization

1.   The writing of the study organization cannot be the same as the introduction of the chapter.

2.    Explain accurately and in detail.

3.    The arrangement of the research organization should be easy to understand.

4.    Each chapter in a new paragraph.

20

________________________________________________________________

Jangan Lupa! 


Penulisan Kesimpulan

1.    Simpulkan bab ini dengan menggunakan ayat yang berbeza dengan pengenalan bab.

2.    Tidak boleh meniru ayat dalam bahagian pengenalan.

3.    Bahagian ini perlu dikupas dengan ringkas.

4.    Di akhir ayat perlu disertakan apa yang terkandung dalam bab seterusnya.

21


Don’t forget!

Writing of Conclusion

1.      Summarize this chapter by using different sentences with introduction.

2.      Do not copy the sentences in the introduction section.

3.      This part should be done briefly.

4.      At the end of the sentence should be included what is contained in the next chapter.

21

________________________________________________________________

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

BUKTI KEHADIRAN KULIAH🌻