Thursday 27 February 2020

MODEL PENCERITAAN 'KELUARGA': BUKU KAJIAN WACANA

Saya berasa puas hati
Monolong ibu bapa setiap hari
Bermula di pagi hari
Sehingga malam nanti

Ibu bapa yang disayangi
Saya tetap berhati-hati
Menjaga budi pekerti
Keluarga saya yang dicintai

Saya sayang ibu dan bapa
Abang, kakak, adik dan saudara
Mereka semua ada bersama
Semasa saya memerlukan mereka

Sumber:
Normaliza Abd. Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Malaysia: Universiti Malaysia Terengganu.

Cerita yang berkaitan dengan Model Penceritaan tersebut
Nama aku Irfan. Aku tinggal di sebuah rumah teres berukuran sedang yang terletak di Gelang Patah Johor. Aku tinggal bersama keluarga kecilku. Disinilah tempat di mana tumpahnya darah kami sekeluarga. Kami sentiasa bersama dikala suka dan duka. Kedua ibu bapa aku merupakan seorang yang hebat, aku menjadikan mereka sebagai idola yang menjadi sumber inspirasi buat ku. Ibu selalu mengajarkan aku, abang, kakak, dan adik agar sentiasa saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain. Pada setiap pagi, aku akan membantu ibu menyediakan sarapan di dapur sebelum ke sekolah. Ibu seorang yang sangat prihatin terhadap pemakanan anak-anaknya. Ibu ada mengatakan bahawa di bangga kerana telah melahirkan seorang anak yang baik seperti aku. Bapaku seorang yang gemar menanam pokok. Banyak hasil tanamannya yang membesar sihat dan tumpuh mekar. Aku sering membantu bapa menyiram pokok bunga di halaman rumah. Bapa mendidik kami untuk sentiasa menjaga butir bicara sewaktu berkata-kata. Aku mempunyai seorang saudara yang seumur denganku. Kami bersekolah di sekolah yang sama. Dia juga merupakan sahabat sekelasku. Dia merupakan pelajar cemerlang di dalam kelas kami. Dia sering membantu aku menyiapkan kerja Matematik di sekolah. Dia tidak pernah berasa penat untuk mengajar aku dengan bersungguh-sungguh. Aku amat menyayanginya, seperti aku menyayangi keluargaku. Mereka adalah antara manusia yang sentiasa ada bersamaku semasa aku memerlukan. 





Monday 24 February 2020

BBM3410Satu2020: Blanket Test 2

Pada minggu ke 3 ini, kumpulan kami yang diberi nama Tech Ninjas' Production (kumpulan 1) telah berjaya menjawab 4 soalan. Hal ini bermakna kami telah berjaya meemperoleh 4 markah bagi sesi Blanket Test pada kali ini. Berikut adalah merupakan keempat-empat bentuk soalan yang kami terima beserta jawapan yang kami kemukan. 


1) Menghuraikan elemen asas fotografik (teks).
Teks merujuk pada jenis dan saiz font yang dipilih dalam sesebuah grafik. Kandungan dalam grafik juga diambil kira bagi tujuan pemahaman terhadap grafik.



2) Menjelaskan asas fotografi mengikut gambar (gambar lelaki tua dengan latar belakang yang dikaburkan)
Portrait merupakan gambar atau foto yang berfous dalam jarak yang dekat. Gambar atau foto portrait lebih jelas diambil dalam studio tertutup. Portrait juga mengambarkan emosi seseorang.



3) Menjelaskan asas fotografi mengikut gambar (gambar bayi)
Portrait merupakan gambar atau foto yang berfokus dalam jarak yang dekat.Gambar atau foto portrait lebih jelas diambil dalam studio tertutup. Portrait juga mengambarkan emosi seseorang.



4) Menjelaskan asas fotografi mengikut gambar (perempuan)
Gambar tersebut berbentuk close-up kerana ia diambil dalam jarak yang dekat dan memfokuskan gambar muka seseorang. Gambar itu juga menampakkan gambar yang jelas dengan tiap-tiap satu perkara di bahagian muka.


Sunday 23 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Fotografi

Long Shot
Long Shot pemandangan dengan manusia

Long Shot pemandangan bebas
Gambar di atas adalah merupakan long shot. Ini kerana gambar tersebut telah diambil dengan keadaan jarak yang jauh dari kamera sehingga menampakkan gambaran keseluruhan gambar. Biasanya, gambar long shot digunakan untuk situasi yang memerlukan pemahaman terhadap seluruh paparan.



Medium Shot
Medium Shot latar belakang bebas
Kedua-dua gambar ini adalah merupakan jenis medium shot. kerana gambar telah diambil hampir dengan kamera. Wajah seseorang adalah lebih jelas dan menyerlah berbanding dengan long shot. Medium shot boleh menampakkan aktiviti yang dilakukan oleh individu atau kumpulan. Gambar jenis medium shot seperti ini juga sesuai untuk semua bahan, objek, ataupun manusia. Kemudian, orang yang melihat gambar ini sudah mendapat gambaran atau sedia maklum tentangnya. 

Potrait


Potrait wajah manusia

Potrait seluruh badan


Mug Shot


Mug Shot wajah Atilia

Mug Shot wajah Sahlan

Mug Shot wajah Faqin

 
Mug Shot wajah Fhen

Mug Shot wajah Aqila

Mug Shot wajah Isnorrizal

Mug Shot wajah Syafiqah

 
Mug Shot wajah Syahirah

Mug Shot wajah Lina

Mug Shot wajah Nuur

Kesemua gambar di atas adalah merupakan Mug Shot setiap ahli kumpulan Tech Ninja's Production, di mana terdiri daripada sepuluh orang ahli. Setiap Mug Shot tersebut mempamerkan bentuk atau jenis ekspresi yang berlainan. Mug Shot ini pula perlu di ambil dari ukuran jarak yang dekat dan hanya memfokuskan bahagian muka sahaja. Tujuan Mug Shot adalah untuk mempamerkan raut wajah seseorang dengan cara yang lebih terpeinci supaya wajah itu mudah untuk dikenali oleh ramai orang.

Close-up

Close-up sebentuk cincin di atas kain putih

Close-up mata sebelah kanan wajah Syahirah




Thursday 20 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 2

Ringkasan Cerita

Cerita sosial 2 bermula apabila bapa Alim membawa banyak buah-buahan pulang ke rumah yang dibeli olehnya di sebuah pasar tani. Imran, Madinah, Alim dan Aisyah berasa sangat teruja dan seronok. Buah-buahan tempatan adalah merupakan kegemaran mereka berempat. Ibu Alim menyediakan bakul sampah. Ibunya seorang yang sangat menitik beratkan kebersihan. Beliau meminta anak-anaknya untuk membuang sampah ke dalam bakul yang disediakan. Sewaktu mereka sedang menikmati buah-buahan tersebut, Alim teringat akan sahabatnya iaitu Sulaiman. Alim meminta izin ibu bapanya untuk memberikan sedikit buah-buahan kepada Sulaiman. Alim sentiasa ingat pesan ibu bapanya bahawa berkongsi barang dan makanan itu adalah satu perbuatan yang baik. Ibu mengasingkan buah ke dalam plastik merah. Alim memberikan buah-buahn itu kepada Sulaiman yang sedang menyiram pokok di luar rumahnya. Sulaiman tersenyum. Dia mengucapkan terima kasih kepada Alim. Selesai makan, Alim membantu keluarganya mengemas rumah. Sewaktu dia membawa sampah menuju ke tong sampah besar di luar rumah, dia terserempak dengan Mak Cik Timah. Mak Cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana telah memberi buah kepada anaknya Sulaiman.

Rujukan
Noraien & Normaliza (2019). Eh!!! Media Sosial. Malaysia: Universiti Malaysia Terengganu. 

BBM3410Satu2020: Keluarga Tercinta

Haiiiii semuaaa 
Harini saya nak share sikit tentang keluarga yang saya cintai hehe  


Ini adalah potret keluarga saya. Saya bersyukur kerana dikurniakan sepasang ibu bapa yang sangat penyayang dan prihatin terhadap saya. Seperti yang dapat dilihat, saya merupakan anak sulung daripada dua beradik (sebabtu garang kihkihkih). Eh tak tak. Saya seorang kakak yang bertanggungjawab dan penyayang ya (◕^^◕). 
Ayah saya bernama Johar bin Husin, beliau kini berusia 54 tahun. Setelah beliau dimasukkan ke wad akibat masalah kencing manis, beliau terpaksa berhenti kerja atas masalah kesihatan. Kini, beliau membuat kerja separuh masa, iaitu bekerja sebagai seorang penghantar barangan pos, di bawah syarikat Skynet Express tidak jauh dari kawasan kediaman kami. Manakala, ibu saya pula bernama Zaihanon binti Mijan, beliau pula kini berusia 47 tahun. Ibu saya merupakan seorang Pembantu Khidmat Pelanggan di Syarikat Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Kempas Johor. Beliau telah berkhidmat di Syarikat yang sama selama 28 tahun. Kedua-dua ibu bapa saya merupakan seorang yang sangat penyayang dan mementingkan pelajaran anak-anak. Mereka merupakan sumber kekuatan saya dan adik saya untuk sentiasa berjuang dalam pembelajaran, sehinggalah saya berjaya melangkahkan kaki ke peringkat Universiti.


Gadis berbaju hitam yang sedikit tinggi daripada saya itu adalah merupakan adik saya. Satu-satunya adik perempuan saya ini bernama Atiya Al Kamilah (Pemberian yang Sempurna) kini berumur 18 tahun. Adik saya baru sahaja penamatkan sesi persekolahan tingkatan 5 di SMK Medini, Nusajaya Johor. Kini, dia sedang membuat kerja sambilan sebagai pelayan restoran di Legoland Hotel Malaysia Resort, sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal diumumkan tidak lama lagi. Memandangkan kami hanya dua beradik, maka hubungan kami sangat rapat dan erat. Walaupun kami sering menimbulkan pergaduhan kecil, tetapi tidak melebihi rasa kasih dan sayang antara kami berdua. Hakikatnya, kami saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Semoga adik saya tak baca entri ini, sebab takut dia bangga pula :')

BB3410Satu2020: TIPS BELAJAR DENGAN MUDAH (NURUL ATILIA IZZATY BINTI JOHAR)


Hai Assalamualaikum 。◕‿◕。

Kelas amali Multimedia dalam Bahasa pada minggu kedua ini, saya (Nurul Atilia Izzaty binti Johar, no matrik 196007) telah diminta untuk memberikan pandangan terhadap manfaat atau kelebihan media sosial dalam kelas bahasa 
Banyak sebenarnya manfaat media sosial ini, lebih-lebih lagi kepada pelajar bahasa seperti saya hihihi ^_^
Gambar di atas adalah beberapa manfaat dan kelebihan yang telah saya senaraikan dalam buku Eh!!! Media Sosial, (tulisan sendiri ya )
Yang pertama, manfaat media sosial dalam kelas bahasa dapat mewujudkan suasana yang kondusif. Saya mengatakan sedemikian kerana melalui pengaplikasian atau pengetahuan media, pelajar dapat berpeluang untuk melibatkan diri dalam menggunakan atau meneroka pelbagai aplikasi yang sedia ada dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan pelajar itu sendiri. Seterusnya, media sosial dapat melatih pelajar untuk menonjolkan bakat penulisan kepada warganet melalui platform yang tersedia. Media sosial juga dapat merangsang minda pelajar untuk sentiasa bermotivasi tinggi terutamanya dalam usaha memerah daya fikiran yang tinggi.Kemudian, ia juga dapat membolehkan pelajar kelas bahasa untuk berinteraksi secara aktif. Memandangkan media sosial sendiri adalah merupakan salah ssebuah sumber yang kaya dengan pelbagai maklumat yang sahih dan dipercayai, maka pelajar dapat merebut peluang untuk mengakses pelbagai maklumat yang dikehendaki dengan cepat dan mudah. Tidak lupa juga kelebihan media sosial ini dapat mewujudkan situasi pembelajaran yang selesa dan tidak tertekan, berbanding dengan hanya duduk di dalam kuliah semata-mata. Hal ini kerana pelajar tersebut berpeluang untuk menyiapkan tugasan yang diberikan di luar waktu pembelajaran. 
Sekian, terima kasih 



Monday 17 February 2020

BBM3410Satu2020: Asas Grafik

1) Proses mencari dan menggunting huruf-huruf serta nombor yang terdapat di dalam majalah (glossy). Tujuannya adalah untuk menggabungkan huruf-huruf untuk membentuk nama kumpulan serta nama ahli kumpulan. Manakala, nombor pula digunakan untuk membentuk no matrik bagi setiap ahli kumpulan.


2) Proses mencari dan memilih lima buah gambar di dalam majalah yang sesuai untuk mewakili lima jenis Asas Grafik. Pemilihan dibuat dengan begitu teliti. Setelah itu, kami mendapatkan pandangan Prof, untuk memastikan gambar yang kami pilih adalah sesuai dan boleh diterima pakai. 


3) Kemudian, proses menampal pula dijalankan. Proses ini sememangnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Hal ini kerana huruf-hurufnya kecil menjadikan kami lebih berhati-hati semasa menampal. Ia bertujuan untuk mengelakkan sebarang kecacatan yang mampu memburukkan kerja kumpulan kami ini, memandangkan Prof sendiri sudah menekankan etika kekemasan kepada kami. 


4) Berikut adalah hasil kerja kumpulan kami. Kami memilih 'Tech Ninjas' Production' sebagai nama ahli kumpulan kami. Seterusnya, nama serta no matrik setiap ahli juga mencukupi. Kami telah menampal sedikit gambar yang kami peroleh dari majalah yang sama untuk menjadikan lebih menarik.


5) Gambar ahli kumpulan serta tugasan Asas Grafik. Wajah yang ceria menggambarkan kegembiraan kami kerana telah berjaya menyiapkan tugasan ini.


6) Gambar swafoto saya bersama salah seorang daripada ahli kumpulan Tech Ninjas' Production, iaitu Syafiqah Atikah.




BBM3410Satu2020: Blanket Test

Kumpulan kami telah berjaya menjawab 4 soalan blanket test yang dijalankan semasa kuliah pada hari ini. Kami telah memperoleh 4 markah secara keseluruhannya. Blanket test yang dijalankan adalah berkaitan topik Asas Grafik yang terkandung di dalam buku Multimedia dalam Bahasa. Berikut adalah keempat-empat soalan beserta jawapan yang kami berikan. 

1) Berapakah bilangan muka surat yang terdapat di halaman yang berkaitan asas grafik dalam buku Multimedia dalam Bahasa?

Jawapan: 11 muka surat 

2) Apakah kepentingan Rule of Thirds?

Jawapan: Bagi meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi.

3) Berdasarkan gambar yang diberi, apakah elemen asas grafik yang terdapat padanya?

Jawapan: Elemen asas grafik yang terkandung dalam gambar yang dipaparkan adalah Mudah. Hal ini demikian kerana, dengan hanya berpandukan gambar, seseorang yang melihatnya sudah sedia maklum dan tahu bahawa ia adalah sebuah pemandangan di sebuah pulau yang mana terdapat lautan yang terbentang luas serta gunung-ganang. 

4) Berdasarkan gambar yang diberi, apakah elemen asas grafik yang terdapat padanya? Terangkan.

Jawapan: Elemen tersebut adalah mudah. Hal ini kerana seseorang yang melihatnya sudah sedia maklum dan tahu bahawa ia adalah merupakan sebuah suasana di pantai, di mana terdapat jeti serta timbunan batu-batu besar yang dibentuk menjadi sebuah muara. Terdapat juga beberapa bentuk gunung-ganang yang indah. Lautan yang terbentang luas pula bewarna biru kehijau-hijauan. Terdapat juga sebuah bot kecil berada di sebelah jeti tersebut. 


Thursday 13 February 2020

BBM3410Satu2020: Cerita Sosial 1

Sinopsis
Cerita Sosial 1 mengisahkan tentang kehidupan seorang budak yang bernama Alim. Alim dan keluarganya pulang ke kampung sebelah ibunya di Kajang. Jarak rumahnya tidak terlalu jauh dengan rumah datuk dan nenek kesayangannya itu, mereka hanya mengambil 30 minit waktu perjalanan. Dia juga mempunyai datuk dan nenek sebelah bapa di Melaka. Sesudah sampai ke teratak indah kampungnya itu, Alim  terus keluar dari pintu kereta. Dia berasa sangat teruja untuk melihat ayam dan itik yang dibela oleh datuk. Dia berasa terkejut dan sedih apabila melihat ayam dan itik sudah tiada di dalam reban. Mengapa Alim sedih? Nenek terus mendekati Alim. Neneknya memberitahu bahawa datuk telah membina sebuah reban yang baru. Alim kembali tersenyum dan berhenti menangis. Dia berasa tenang setelah melihat ayam dan itik. Pada awalnya, dia menyangkakan semua binatang tersebut sudah tiada. Setelah puas melihat, Alim masuk ke rumah nenek dan datuknya. Alim hairan. Keadaan di dalam rumah tersebut sudah berubah, tidak sama seperti sebelumnya. Alim menangis lagi. Dia sangkakan rumah datuk dan neneknya sudah tiada lagi. Nenek menerangkan segalanya kepada Alim. Alim lega mendengarkan penerangan nenek. Setelah itu, dia menonton televisyen bersama adik beradiknya yang lain. Dia berhenti menangis. Ibu bapa, datuk dan nenek sedih melihat kelakuan Alim yang kerap menangis tanpa sebab sepanjang hari itu.

Rujukan
Normaliza Abd. Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Malaysia: Universiti Malaysia Terengganu.

BBM3410Satu2020: Penulisan Blog

10 Cara menulis blog dengan baik
1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
7. Dapat dibaca dan difahami.
8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.

Ulasan 
Blog adalah merupakan salah satu platform yang baik bagi seseorang dalam usaha meningkatkan kemahiran khususnya dalam bidang penulisan. Sebuah blog yang baik dan seharusnya menepati beberapa kriteria seperti yang dinyatakan diatas. Memang tidak dapat dinafikan bahawa pemilihan tajuk yang sesuai dan berkesan berkebolehan tinggi untuk menarik perhatian pembaca terhadap blog tersebut. Tajuk yang kreatif akan menimbulkan rasa berkobar-kobar dalam diri pembaca untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang isi penulisan yang ingin disampaikan penulis. Selain  itu, cerita atau peristiwa yang ingin digambarkan juga hendaklah sesuai dan mampu menarik perhatian pembaca. Hal ini demikian bermakna penulisan tersebut mestilah mengandungi elemen-elemen yang menarik, seperti menyelitkan unsur-unsur yang bersifat jenaka serta menggunaan ayat yang bersifat humor. Ia bertujuan untuk menonjolkan sedikit hiburan bagi mengelakkan pembaca mudah berasa bosan apabila membaca. Hujah yang dikemukan dalam menghuraikan penulisan blog tersebut hendaklah baik dan boleh dipercayai, unsur yang menyeleweng dari apa yang hendak diperkatakan perlu dielakkan. Isi atau idea penulisan juga lebih sempurna jika dikaitkan dengan perkara-perkara baru atau terkini kerana ia merupakan perkara yang dekat dengan pembaca. Struktur ayat yang digunakan dalam menghurai juga perlulah bersifat ringkas, tidak terlalu panjang dan tidak meleret-leret. Hal ini demikian bertujuan untuk memudahkan pembaca untuk memahami perkara yang ingin disampaikan oleh penulis sekali gus dapat mewujudkan komunikasi yang berkesan antara pembaca dan penulis. Blog yang baik juga dapat dihasilkan dengan memasukkan unsur moral dan nilai estetika dengan berkesan. Akhir sekali, penulis blog hendaklah berilmu atau tahu apa yang ingin ditulis untuk mencipta lebih banyak penulisan yang baik, khususnya dalam aspek pendidikan.

Rujukan
Noraien & Normaliza (2019). Eh!!! Media Sosial. Malaysia: Universiti Malaysia Terengganu. 

BBM3410Satu2020: Tentang Diri


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan Nama Allah Yang Maha Permurah Lagi Maha Penyayang. Assalamu'alaikum wbt...

Alhamdulillah wasyukurrillah, segala puji bagi Allah swt Tuhan mencipta sekalian alam. Terlebih dahulu izinkan saya memperkenalkan diri. Nama saya Nurul Atilia Izzaty binti Johar, memegang no matrik 196007. Nama gelaran saya ialah Izz, yang membawa makna kekuatan. Saya merupakan anak sulung dari 2 orang adik beradik. Pembukaan tahun 2020 yang baru ini  telah mencatatkan usia saya kepada 22 tahun. Saya merupakan anak kelahiran Johor Bahru, Johor. Saya dilahirkan oleh ibu tercinta pada tanggal 24 Disember 1998 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Syukur yang tidak terhingga terhadap Ilahi saya panjatkan di atas peluang belajar yang diberikan kepada saya dari saya kecil hingga meningkat dewasa.

Saya merupakan pelajar tahun dua yang sedang menuntut di sebuah universiti awam, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), kampus Serdang. Kini, saya sedang menduduki Semester yang keempat.  Bermula dari pendidikan awal dari rumah oleh ibu bapa sehinggalah kini saya sudah berada di alam Universiti yang sememangnya menjadi impian setiap orang. Saya mengambil Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu), di bawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Saya merupakan seorang pelajar yang bercita-cita tinggi. Oleh itu, saya bercita-cita ingin menjadi salah seorang daripada mereka yang gigih memperjuangkan bahasa ibunda.