Saturday, 9 January 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (3)

 

TRANSKRIPSI BAHASA MELAYU

 

3. Persoalan Kajian/ Objektif Kajian (Bab 1) #JomTulisTesis

 

Bab satu. 1.4. Kalau kita tengok di sini 1.4 persolaan kajian dan objektif kajian 1.5. Jadi kita ambil persoalan kajian. Okay. Jadi persoalan kajian dengan objektif kajian perlulah sejajar. Okay. Perlulah sejajar kerana ia berkaitan. Jadi sekarang ini contoh kita ambil contoh yang ini. Persoalan kajian. Tengok beza sini. “Mengenal pasti wacana tekstual skrip animasi cerita rakyat Melayu”. Ini objektif dia. “Apakah wacana tekstual skrip animasi cerita rakyat Melayu?”. Jadi ini kalau misalannya objektif dia dan persoalan dia ada satu. Jadi persoalan dia teruslah. Maknanya kita dah boleh faham dah. Tapi kalau contohnya “Menganalisis kesan skrip animasi cerita rakyat Melayu dalam kalangan pelajar sekolah” kita boleh jadi dua soalan daripada satu objektif, iaitu “Sejauh manakah kesan skrip animasi cerita rakyat Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah?”.“Bagaimanakah pelajar memberi pendapat melalui  skrip animasi cerita rakyat Melayu?”. Jadi kedua-dua soalan ini sebenarnya akan menjawab objektif dua. Kena ingat apa sahaja dalam objektif ini kita memang persoalkan semula sebab kita nak tahu sejauh mana kesan tu. Bagaimana cara dia. Jadi itu akan menjawab objektif ini. Bila kita analisis data ni memang ini akan terjawab. Okay. Serupa juga macam contohnya,“menghasilkan repertoir perbualan melalui animasi cerita rakyat Melayu dalam kalangan pelajar sekolah rendah” yang ini sebenarnya ada temu bual. Temu bual dalam kalangan pelajar sekolah rendah tentang skrip animasi tersebut. Jadi dia bagi pendapat. Persoalan dia “Sejauh mankah repertoir dibina melalui ini ini ini?”. Bagaimana? Dan apakah cara perbualan? Jadi ini terjawablah dalam tu apakah cara perbualan dia? Adakah cara perbualan dia memang berdua atau bertiga atau berempat ataupun memang dia seorang. Tapi nak kata dia seorang, nak berbual dengan siapa pula. Okay. Mungkin dengan penyelidik. Soalan ketiga, “Apakah kategori repertoir?”. Okay. Jadi maknanya dia hasilkan repertoir ada tiga soalan di sini. Sejauh manakah? Apakah cara perbualan? Apakah kategori dia? Memang setelah itu nanti bila kita menganalisis data, memang kita akan dapati terjawablah soalan ketiga-tiga ini. Jadi, bukanlah semestinya satu objektif, satu. Boleh juga satu objektif, tiga soalan tapi sebenarnya bila kita analisis data memang akan terjawab tiga-tiga soalan ini. Macam yang nombor dua, analisis kesan skrip animasi akan ada dua persoalan. Bila kita analisis memang ohh lah memang kita jawablah dua soalan ini. Kita dapati bahawa memang kita jawab dua soalan ini. Bila yang objektif satu, “mengenal pasti wacana tekstual” memang kita ada satu contohnya. Boleh juga nak buat dua tapi kita tengoklah cara kita analisis data tu terjawab tak soalan ni. Bila kita buat analisis kita tengok balik soalan. Terjawab tak? Jadi bila dah terjawab tu memang betullah. Jadi janganlah kita letak ketiga-tiga objektif atau semua dua-dua objektif ada satu sahaja persoalan. Jadi, kita boleh letak dua atau tiga. Kadang-kadang ada pelajar letak sampai empat sebab dia nak pastikan bahawa bila dia analisis data tu memang terjawab empat-empat soalan tersebut. Kalau contohnya, “Menghasilkan buku panduan penulisan skrip animasi cerita rakyat”. Contohnya kalaulah pelajar tu buat ada empat objektif. Jadi sejauh manakah skrip animasi cerita rakyat Melayu dihasilkan. Apakah cara untukmenghasilkan buku panduan penulisan skrip animasi cerita rakyat. Jadi, yang ini memang ini akan jadi kebaharuan. Nombor tiga kebaharuan, nombor empat kebaharuan bagi awak punya tesis. Benda baharu yang kita nak sebarkan ke seluruh dunia. Jadi yang ini kita akan ada dua persolan di sini. Sejauh manakah buku panduan dihasilkan? Apakah cara dia? Jadi bila buat ini memang kita pastikan bila kita analisis data kita pastikan kita jawab dua-dua soalan ini. Jadi bila kita nak tulis objektif, kita pastikan kita persoalkan. Apa benda yang kita akan dapati bila kita analisis data nanti. Adakah ini? Adakah itu? Jadi sebab itulah kita ada beberapa soalan untuk satu objektif. Ini ada dua soalan satu objektif. Ini ada tiga soalan. Ini ada ini. Tapi soalan dia memang berkisarkan tentang objektif ini tadi tak lari. Tak lari. Tetapi memang sebagai penyelidik yang bagus memang dia akan persoalkan supaya nanti bila kita, macam ini “Dibina repertoir” “Sejauhmana reperoir dibina?”, “Apakah cara perbualan dia?” cara perbualan tu kita kena huraikanlah. “Apakah kategori?” sebab kita nak kategorikan repertoir tersebut untuk objektif ketiga ini. Jadi kita pastikan kita jawab semua soalan ini. Jadi pelajar semua harap, bila kita dah lihat apakah objektif kita, kita pastikan persoalan kita tu menjawab persoalan melalui objektif kita. Dan kita perlu pastikan bahawa semula saya katakan bahawa apa yang kita analisis itu akan terjawablah soalan-soalan yang kita tanya pada diri kita persoalan ini. Dan pemeriksa bila dia baca ohh okay soalan dia begini memang saya dapati ada dalam bab 4. Okay kita dapati bahawa pelajar memang tulis kategori repertoir itu dan bahagian repertoir bermakna memang tesis ini berjaya sebab dia boleh menjawab persoalan daripada objektif yang dia cadangkan untuk tesis dia. Jadi pastikan bahawa 1.4 persoalan kajian, 1.5 objektif. Perkataan ini yang diambil ini seperti ini mengenal pasti, menganalisis, menghasilkan. Ini ada dalam sini kalau kita dapat lihat awak kena pastikan bahawa objektif satu yang awak pilih itu perlulah dari kalau kita lihat di sini, sekejap, saya ada cadangkan. Ia di sini. Cadangan senarai kata kerja. Ini ya. Kata kerja operasional taksonomi Bloom. Jadi, kita pastikan objektif satu tu rendah. Okay. Kalau C1 tu dia rendah. Rendah. Macam tadi mengenal pasti tu ada. Mengenal pasti ada. Kemudian bila objektif dua kita nak analisis kenalah tinggi. Kita tengoklah mana bersesuaian. Kita baca dulu. Yang mana bersesuain untuk objektif kedua. Kalau untuk aplikasi apa dia? Untuk analisis apa dia? Ini tadi kita pilih untuk objektif kedua analisis. Itu dah tinggi dah C4 maknanya memang kita analisis secara mendalam. Secara mendalam ya. Kemudian kita nak letak meghasilkan tu kita letak C6. Kita nak hasilkan tadi kan. Ingat takkita nak hasilkan repertoir ataupun kita nak hasilkan buku panduan apa ke. Ini perkataan-perkataan dia. Ini pastikan bahawa objektif satu janganlah awak ambil C5, awak nak nilai tiba-tiba objektif dua rendah pula awak masuk mengenal pasti dah salah. Dia mesti daripada kecil, daripada mudah ini hinggalah kita naik naik sehinggalah ke C6. C6. Jadi pastikan pemilihan perkataan-perkataan ini bersesuaian objektif bersesuain dan juga ikut tahap dia rendah ke tinggi. Objektif satu rendah,objektif dua tinggi sikit, objektif tiga lagi tinggi. Janganlah objektif satu rendah, objektif dua awak letak okay tinggi betul C6 tadi kemudian objektif 3 ohh turun pula balik. Salah. Kena ikut tingkat macam kita naik tangga. Rendah naik naik. Jadi ambil daripada sini. Pastikan bahawa perkataan itu bersesuaian dengan objektif kita. Jadi kena besesuai. Dan lagi satu. Lagi satu bila kita tulis objektif ini contoh mengenal pasti, ada pula pelajar nombor dua mengenal pasti juga kemudian nombor tiga mengenal pasti lagi, nombor empat mengenal pasti. Dah empat-empat mengenal pasti. Jadi itu tak boleh. Itu semuanya tahap yang rendah. Tahap yang rendah ni tidak bersesuaian asyik nak mengenal pasti je. Dah kenapa kan? Kita nak lah juga analisis. Jadi tak boleh. Jadi macam ini saya bagi contoh kalau dia buat empat objektif. Biasanya objektif ada tiga sahaja. Kalau ada empat pun, kalau ini hasil repertoir, ini buku panduan ini berbeza. Jadi bolehlah dia nak tukar. Contohnya, menghasilkan, jadi dia boleh nak tukar. Kalau kita tengok sini dia ada banyak. Kita ada mengatur, mengkategorikan, menyusun, membangun. Ada banyaklah. Merencana, merumuskan pun boleh. Kita letak ini merumus. Jadi kalau ini dah misalnya C6, bolehlah C6 ini C6 yang ini. Jadi boleh rujuk dalam buku ini kalau tiada pun bolehlah rujukdalam internet. Kalau jumpa. Okay. Pastikan ye, ingat saya katakan tadi. Saya ulang balik. Pastikan kategori dia mesti daripada rendah kemudian tinggi sikit kemudian tinggi lagi supaya nampak dia punya perbezaan. Cara kita nak menganalisis data tersebut. Jadi pemilihan perkataan ni amat penting dalam penulisan objektif kajian.


——————————————————————————————————————

 

TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS

 

3. Research Questions / Research Objectives (Chapter 1) #JomTulisTesis

 

Chapter one. 1.4. If we look here 1.4 study questions and study objectives 1.5. So we take the research question. Okay. So the research questions with the research objectives need to be aligned. Okay. Must be aligned as it relates. So now this is an example we take this example. Research questions. Look at the difference here. "Identifying the textual discourse animation script Malay folklore". This is the objective. "What is the textual discourse Malay folklore animation script?". So this is if for example his objective and the question he has one. So the question he continues. That means we can already understand. But if for example "Analyzing the effect of animation script Malay folklore among schoolchildren" we can be two questions from one objective, which is "To what extent the effects of animation script Malay folklore among elementary school students?"."How do students give opinions through animation script Malay folklore?". So these two questions will actually answer objective two. We have to remember that in this objective we really question again because we want to know the extent of the effect. How is he. So that will answer this objective. If we analyze this data, this will be answered. Okay. A similar kind of example, "generate conversation through animation repertoire Malay folklore among primary school students" who actually have an interview. Interviews among primary school students about the animated script. So he shared his opinion. His question is "How far is the repertoire built through this and this?". How? And what is the way of conversation? So this is answered in tu what is the way he talks? Is the way he talks really two or three or four or is he really one. But I want to say he is alone, I want to talk to anyone. Okay. Probably with researchers. The third question, "What is the category of repertoire?". Okay. So that means he produced a repertoire there are three questions here. How far? What is the way of conversation? What is her category? Indeed, after that when we analyze the data, we will find that these three questions are answered. So, it is not necessarily one objective, one. It can also be an objective, three questions but in fact when we analyze the data will be answered these three questions. As with number two, the analysis of the effects of animated scripts will have two questions. When we analyze it, ohh, we do answer these two questions. We find that we do answer these two questions. When the objective is one, "identify textual discourse" we do have an example. You can also want to do two, but let's see how we analyze the data, this question is not answered. When we do an analysis we look back at the question. Did you answer? So when it is answered, it is true. So let us not put all three objectives or all two objectives have only one question. So, we can put two or three. Sometimes there are students who put up to four reasons he wants to make sure that when he analyzes the data, the four questions are answered. For example, "Produce a guidebook for writing animated scripts of folklore". For example, if the student makes four objectives. So to what extent the animation script generated Malay folklore. What is the way to produce a folktale animated script writing guidebook. So, this one is indeed going to be a novelty. Number three novelty, number four novelty for you have a thesis. New things we want to spread all over the world. So this one we will have two questions here. To what extent is the handbook produced? What is her way? So when we do this we make sure when we analyze the data we make sure we answer these two questions. So when we want to write an objective, we make sure we ask questions. What will we find when we analyze the data later. Is this? Is that? So that is why we have several questions for one objective. Here are two questions one objective. Here are three questions. Here it is. But his question really revolved around this objective did not run away. Do not run. But as a good researcher, he will question so that later when we, like this "Built repertoir" "How far is the reperoir built?", "What is the way he talks?" We have to explain that way of conversation. "What is a category?" because we want to categorize the repertoire for this third objective. So we make sure we answer all these questions. So students all hope, when we have seen what our objectives are, we make sure our questions answer the questions through our objectives. And we need to make sure that again I say that what we analyze will answer the questions we ask ourselves this question. And the examiner when he read ohh okay his question is like this I did find it in chapter 4. Okay we find that the student did write the repertoire category and the repertoire section means indeed this thesis is successful because he can answer the questions from the objectives he proposed for his thesis. So make sure that 1.4 research questions, 1.5 objectives. This word is taken as it identifies, analyzes, produces. This is in here if we can see you have to make sure that the objective one you choose should be from if we see here, for a moment, I have a suggestion. It's here. Suggested verb list. Here it is. Bloom's taxonomic operational verbs. So, we make sure the objective one is low. Okay. If C1 is low. Low. Like just identifying that there is. Identify there. Then when the two objectives we want to analyze must be high. Let's see where it fits. We read first. Which is appropriate for the second objective. If for what application is he? For what analysis is? This we just chose for the second objective of the analysis. That is already high, C4 means that we have in-depth analysis. In depth yes. Then we want to put produce then we put C6. We want to produce just now, right? Remember we do not want to produce a repertoire or we want to produce a guidebook. These are her words. This makes sure that objective one you do not take C5, you want to suddenly value objective two low then you go in identify wrong. He must be from small, from this simple until we go up and down to C6. C6. So make sure the selection of these words matches the appropriate objectives and also follow his level low to high. Objective one low, objective two slightly higher, objective three more high. Don't let objective one be low, objective two you put okay high right C6 earlier then objective 3 ohh go down again. Wrong. Have to follow the level like we went up the stairs. Low ups and downs. So take it from here. Make sure that the word fits our objective. So be careful. And one more. Another is when we write this objective example of identifying, there are students number two identify also then number three identify again, number four identify. The four have identified. So that can't be. That's all low level. This low level is not suitable for fun to identify. Why? We also want analysis. So you can't. So like this I give an example if he makes four objectives. Usually there are only three objectives. If there are four, if this is the result of the repertoire, this guidebook is different. So maybe he wants to change. For example, produce, so he can want to change. If we look here he has a lot. We have to organize, categorize, organize, build. There are many. Planning, formulating is also possible. We put this formulated. So if this is for example C6, this C6 can be this C6. So you can refer to this book if there is none, you can refer to the internet. See you. Okay. Make sure ye, remember I said earlier. I repeat. Make sure his category must be from low then high a little then high again so that it looks like he has a difference. The way we want to analyze the data. So the choice of words is very important in writing the objectives of the study. 




Rujukan:


Prof. Dr Normaliza Abd Rahim. (2020). 3. Persoalan Kajian/ Objektif Kajian (Bab1) #JomTulisTesis. Diakses pada Januari 8, 2021 melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=lTV4bXMeYcw. 



Saya dah subscribe Youtube Channel Prof N, yeayyy! 🥳

BUKTI KEHADIRAN KULIAH 🌻

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (2)

 


TRANSKRIPSI BAHASA MELAYU

 

2. Pernyataan Masalah/ Masalah Kajian (Bab 1) #JomTulisTesis

 

Jadi, bab 1. Kita teruskan 1.3 Pernyataan masalah. Okay. Pernyataan masalah ataupun masalah. Okay dalam pernyataan masalah biasanya pelajar mempunyai masalah. Nama pun pernyataan masalah. Masalah macam mana nak tulis pernyataan masalah. Ini sangat kritikal ye. Dan sangat penting. Kadang-kadang pelajar dia letak sampai 10 halaman masalah. Nak huraikan tentang pernyataan masalah. Bila kita baca langsung tiada masalah. Jadi berhati-hati. Dan juga pelajar selalu letak pernyataan masalah tu, dia letak yang dia rasa. Macam saya dapati bahawa pelajar tidak pandai mengira 1-10. Awak tu siapa? Jadi kita tak boleh. Kita kena ada rujukan. Pernyataan masalah, rujukan merupakan perkara yang penting. Perkara yang penting. Maknanya kita perlu rujuk. Perlu rujuk siapa yang punya kajian yang menunjukkan ada masalah dalam kajian tersebut. Ataupun kenyataan daripada orang ini. Daripada Normaliza Abd Rahim (2019) mendaoati bahawa pelajar kurang berminat untuk, untuk mendengar ataupun mendengar cerita yang berbentuk sekian sekian sekian. Jadi itu dah macam menunjukkan benda negatif. Dan juga huraian daripada kajian Normaliza Abd Rahim itu mendapati bahawa lima pelajar didapati, didapati tidak boleh menggunakan kata kerja dalam, dalam penulisan karangan. Contoh dia. Dah itu dah nampak masalah. Sebab masalah itu bila kita dapati kita huraikan sikit kemudian masalah Normaliza Abd Rahim itu tadi disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Nur Maisarah Roslan (2019) yang mendapati bahawa pelajar tidak dapat mengenal pasti kata kerja dalam, dalam membina membina soalan. Contoh dia. Contoh ye. Jadi, jadi ada lah sokong dua kajian ini sokong bahawa timbulnya masalah tersebut. Okay barulah betul. Jadi itu yang menunjukkan masalah. Huraian kita tu. Jadi sekarang pelajar nak tahu biasanya dia buat macam mana. Dia pergi buat. Okay contohnya kajian itu tentang kata kerja. Yang awak punya kajian tentang kata adjektif. Contoh dia. Jadi awak boleh buat, kajian oleh Normaliza Abd Rahim tidak berfokus pada kajian tentang kata adjektif. Itu dikatakan pernyataan masalah. Salah tu. Tidak boleh. Tidak boleh. Tidak boleh. Macam seolah-olah memanglah dia buat kata kerja sebab kata kerja sebab dia berfokus kepada kajian kata kerja. Tetapi awak tidak boleh kata lah dia tidak buat pasal kata adjektif. Memanglah dia tak buat kata adjektif sebab dia berfokus pada kata kerja. Jadi salah begitu ye. Jadi penghuraian di sini. Macam saya katakan, perlu ada ayat yang dinyatakan oleh pengkajitersebut dalam artikel dia. Jadi pernyataan masalah ini terbahagi kepada objektif. Kalau contoh objektif ada dua. Jadi ada dua perenggan di sini. Kalau objektif ada tiga maknanya ada tiga perenggan. Satu. Dua. Tiga. Jadi huraian dalam ini, huraian daripada kajian dan disokong oleh siapa. Okay. Disokong oleh siapa. Ayat macam saya katakan tadi ye. Kemudian hujung ayat tu awak kata, justeru kajian ini. Sebab berkaitan tu dah nampak jurang penyelidikan dia dalam ni. Justeru, kajian ini ingin mengenal pasti. Mengenl pasti wacana tekstual skrip animasi bla bla bla. Sebab dia dapati daripada kat sini ni bahawa kajian itu mendapati bahawa pelajar, contohnya pelajar ataupun skrip animasi tidak, skrip animasi tidak melambangkan apa dia apa dia apa dia. Jadi itu kajian menurut orang tu, orang tu cakap. Bukan kita yang cakap. Orang tu cakap. Jadi serupa juga dengan yang ini. Kena ada sokong. Kajian ini didapati ini ada masalah kajian dalam tu. Yang mana pelajar tidak boleh mengenal pasti kata adjektif. Contoh dia. Kemudian, justeru kajian ini ingin menganalisis kata adjektif yang terdapat dalam penulisan karangan kanak-kanak. Macam contoh masalah pernyataan masalah ketiga. Okay. Menurut Nur Widad Roslan (2019) pelajar didapati tidak, didapati tidak boleh, tidak berminat dan tidak boleh mengira nombor 1-20. Contoh dia. Kajian dia. Kajian dia didapati begitu. Justeru, kajian ini ingin menganalisis. Okay menganalisis. Menganalisis apa nama pengiraan ataupun aktiviti pelajar dalam mengira. Mengira nombor dari 1-20. Jadi kita kena kaitkan hujung ayat perenggan itu kaitkan dengan objektif ini. Hujung ayat ni kaitkan dengan objektif ni. Hujung ayat ni kaitkan dengan objektif ketiga. Jadi barulah ada pernyataan masalah ini berkaitan dengan awak punya objektif. Jadi rujukan. Dalam rujukan yang dalam ini. Dalam permasalahan kajian ini perlulah 5 tahun ke belakang. Kita tak bolehlah, kita ambil apa nama pernyataan masalah daripada yang lama-lama. Sebab kita kena faham bahawa kajian yang dijalankan sekarang ini semuanya dah berbeza. Ye dah berbeza dengan kita mempunyai teknik. Kita dah arr dunia digital. Jadi budak-budak pun pandai.macam saya katakan sebelum ini. Zaman dulu bolehlah kata eiii budak ni pandai betul. Cerdik betul. Kita tanya satu soalan dia jawab 10 jawapan. Pandai. Tetapi dunia digital sekarang ini berbeza. Yang mana sekarang budak-budak kita tanya soalan dia bagi jawapan samapai 47. Sampai kita kata, okay berhenti. Jangan bagi jawapan dah. Letih cikgu nak dengar. Aaaa. Jadi ada budak-budak tu sampai sekarang macam ni ye. Dia dah lebih, dah lebih ke hadapan. Sebab kita dah ada dunia digital ni masing-masing ada dah telefon mudah alih. Telefon bimbit masing-masing dalam beg. Kadang-kadang telefon dia lebih mahal daripada telefon kita. Bertabahlah kita ye. Aaa jadi pastikan pernyataan masalah ini betul. Tak perlu panjang lebar kerana apa yang terdapat rujukan dalam ini. Dalam ini dan dalam ini semuanya ada huraian yang lebih panjang lebar dalam bab 2. Aaa. Jadi pernyataan masalah ni, nama-nama ni mesti ada lah dalam bab 2. Tak bolehlah awak ada nama-nama ni kemudian pemeriksa kata, “eh mana pergi nama-nama yang awak dah kata dalam pernyataan masalah tak ada dalam bab 2”. Aaaa, tak boleh. Ini secara ringkas yang dikatakan tentag pernyataan masalah ini. Ini kita secara terperinci. Tentang kajian seluruh-seluruhnya. Tentang orang ini. Normaliza Abd Rahim (2009) kajian dia secara menyeluruh ni dengan panjang lebar. Jadi maknanya kena ada lah. Ada yang ini nama awak sorot dari sini. Aaa, ambil rujukan sini. Mesti ada dalam ini. Pastikan betul yee pernyataan masalah ini. Amat penting. Jadi biasanya pelajar dia dapati bahawa agak sukar untuk menulis pernyataan masalah. Jadi sekarang, bila dah belajar ni dah tak ada masalah. 


——————————————————————————————————————


TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS

 

2. Problem Statement / Research Problem (Chapter 1)#JomTulisTesis

 

So, chapter 1. We continue 1.3 Problem statement. Okay. Statement of problem or problem. Okay in problem statement usually students have problems. The name is also a statement of problems. How to write a problem statement. This is very critical. And very important. Sometimes students put up to 10 pages of problems. Want to explain about the problem statement. When we read at all there is no problem. So be careful. And also the student always puts the statement of the problem, he puts what he feels. Like I found that students are not good at counting 1-10. Who are you? So we can't. We need a reference. Problem statement, reference is important. The important thing. That means we need to refer. Need to refer who has a study that shows there is a problem in the study. Or a statement from this person. From Normaliza Abd Rahim (2019) argues that students are less interested in, to hear or hear stories that are shaped so much. So that kind of shows negative things. And also the description from Normaliza Abd Rahim's study found that five students were found, found unable to use verbs in, in essay writing. An example of him. That's already a problem. The reason for the problem is when we find that we describe a little later the problem of Normaliza Abd Rahim was supported by a study conducted by Nur Maisarah Roslan (2019) who found that students can not identify verbs in, in building construct questions. An example of him. An example is. So, so there is support for these two studies to support that the problem arises. Okay then that's right. So that shows the problem. That's our description. So now students want to know what he usually does. He went for it. Okay for example the study is about verbs. That you have a study of adjectives. An example of him. So you can do, the study by Normaliza Abd Rahim does not focus on the study of adjectives. That is said to be a statement of problem. That's wrong. No way. No way. No way. It seems like he did make verbs because of verbs because he focused on the study of verbs. But you can't say he didn't make adjectives. Of course he does not make adjectives because he focuses on verbs. So wrong so ye. So the description here. Like I said, there must be a sentence mentioned by the researcher in his article. So the statement of this problem is divided into objectives. If the objective example has two. So there are two paragraphs here. If the objective has three meanings there are three paragraphs. One. Two. Three. So the description in this, the description from the study and supported by who. Okay. Supported by whom. A sentence like I said earlier. Then at the end of the sentence you say, hence this study. Related reasons have seen his research gap in this. Therefore, this study would like to identify. Mengenl definitely discourse textual animated script blah blah blah. Because he found out from here that the study found that students, for example students or animated scripts do not, animated scripts do not symbolize what he is or what he is. So that's a study according to that person, that person said. We are not the ones talking. That person spoke. So similar to this one. There must be support. This study found that there is a study problem in there. Which students can not identify adjectives. An example of him. Then, therefore, this study would like to analyze the adjectives found in children's essay writing. Kind of an example of a third problem statement problem. Okay. According to Nur Widad Roslan (2019) students are found not, found can not, not interested and can not count numbers 1-20. An example of him. Study him. His study found that. Therefore, this study wants to analyze. Okay analyze. Analyze what is the name of the calculation or student activity in calculating. Count numbers from 1-20. So we have to relate the end of the sentence of the paragraph to this objective. The end of this sentence is related to this objective. The end of this sentence is related to the third objective. So then there is a statement of this problem related to you having an objective. Be a reference. In this in-depth reference. In the problem of this study should be 5 years back. We can't, we take the name of the problem statement from the old one. Because we have to understand that the study conducted now is all different. Ye different from we have technique. We have arr the digital world. So the boys are smart. Like I said before. In the old days, you could say that eiii this kid is really smart. That's right. We asked one question he answered 10 answers. Smart. But the digital world today is different. Which now our boys ask her questions for answers up to 47. Until we say, okay stop. Do not share the answer. Teacher is tired of hearing. Aaaa. So there are those slaves until now like this. He's more, he's more forward. Because we already have the digital world, each of us already has a mobile phone. Each cell phone in the bag. Sometimes her phone is more expensive than our phone. Let us persevere ya. Aaa so make sure the statement of this problem is correct. No need for length because there is a reference in this. In this and in this all there is a more detailed description in chapter 2. Aaa. So the statement of this problem, these names must be in chapter 2. You can not have these names then the examiner said, "eh where to go the names that you said in the problem statement are not in chapter 2". Aaaa, you can't. This is briefly said about the statement of this problem. Here we are in detail. About the study as a whole. About this person. Normaliza Abd Rahim (2009) her comprehensive study at length. So the meaning must be there. There is this your name is highlighted from here. Aaa, take the reference here. Must be in this. Make sure the statement of this problem is correct. Very important. So usually students  finds that it is quite difficult to write a problem statement. So now, when already learn this, there is no problem. 



Rujukan: 


Prof. Dr Normaliza Abd Rahim. (2020). 2. Pernyataan Masalah / Masalah Kajian (Bab 1) #JomTulisTesis. Diakses pada Januari 8, 2021 melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=9eGx4GgpLb4.



Saya dah subscribe Youtube Channel Prof N, yeayyy! 🥳

BUKTI KEHADIRAN KULIAH 🌻

BBN3402SATU2020: MINGGU11 TERJEMAHAN VIDEO (1)


 TRANSKRIPSI BAHASA MELAYU


1. Pengenalan/ Pendahuluan & Latar Belakang Kajian (Bab 1) #JomTulisTesis

 

Bab 1 iaitu bab. Aaa. Iaitu bahagian pendahuluan ataupun kadang-kadang pelajar dia tulis sebagai bab pengenalan. Boleh jee. Yang mana satu pun boleh. Nak letak pendahuluan boleh. Nak letak pengenalan pun boleh. Jadi bab ini aaa. Kalau kita tengok dalam buku ini kita ada banyak subtopik yee. Subtopik kita ada pengenalan. Pengenalan sama dengan semua bab iaitu kita memperkenalkan apa ada dalam bab tersebut. Dengan latar belakang, masalah kajian, persoalan, objektif, kepentingan, batasan, definisi operasional, organisasi kajian dan kesimpulan. Okay. Jadi kita seperti biasa kita akan masuk 1.1 pengenalan. Jadi dalam bahagian pengenalan ini kita akan memperkenalkan apa dalam bab ini. Tapi kadang-kadang saya dapati pelajar tulis pengenalan ni dalam lebih kurang dua hingga tiga halaman macam tu. Tapi nama pun pengenalan. Pengenalan kalau kita letak panjang lebar dia dah jadi seperti latar belakang. Kadang-kadang pengisian dalam pengenalan itu kita dapati adalah seperti sorotan kajian. Dia letak pula kajian di situ. Jadi itu kita kena pastikan ye. Kita cuma nak memperkenalkan. Memperkenalkan mungkin kita kenalkan apa tentang keseluruhan tesis tersebut. Serupa juga macam kita buat bab 5 penutup. Kita nak tutup seluruh tesis. Jadi, pengenalan kita nak memperkenalkan apa yang tentang kajian dalam tesis ini yee. Jadi kalau misalnya, tak mahu awak nak buat begitu, awak boleh buat pengenalan dalam satu perenggan pun tak apa. Apa ada dalam pengenalan bab 1 ini sahaja. Jadi terpulang. Terpulang kepada pelajar yee. Tapi pastikan tidak seperti sorotan dan tidak seperti latar belakang kerana kita ada subtopik latar belakang. Jadi dalam latar belakang ini sebenarnya ia kalau kita lihat ia seperti sejarah. Ataupun yela kita nak buat kajian tentang Instagram. Jadi maksudnya kita letaklah bilakah Instagram bermula? Siapa memperkenalnya? Letak tahun kemudian datang Malaysia bila. Bagimana bentuk Instagram? Semua ada dalam ni. Ciri-ciri Instagram. Semua ada dekat dalam ni. Tetapi mesti ada rujukan. Nama pun latar belakang. Nama pun sejarah. Perlulah ada rujukan. Kalau tak ada rujukan tak bolehlah. Jangan awak kata menurut, tak ada menurut pun. Dia buat. Dia buat je sampai tiga empat halaman langsung tidak ada rujukan. Macam seolah-olah dia yang buat latar belakang tu. Itu salah. Maknanya setiap perenggan yang awak hurai dalam latar belakang perlu ada rujukan. Jadi kalau nak letak bila bermulanya Instagram, siapa memulakannya. Dia tak letak pula tahun bila dan dia ambil dari laman web mana. Hah, jadi kena ada rujukan. Jadi pentingnya latar belakang. Jadi latar belakang ini menunjukkan kalau kita pemeriksa baca, kita nak lihat bahawa. Okay tentang latar belakang Twitter contohnya macam ni macam I macam ni. Datang kat Malaysia ni. Apa kandungan Twitter itu. Apa ciri-ciri dia. Apa semua tu. Barulah saya sebagai pemeriksa faham tentang oh kajian dia bengini. Oh kajian dia nak buat begitu. Okay. Jadi masuk dalam latar belakang. Tetapi ingat bahawa latar belakang ini bukan sorotan kajian. Janganlah awak masuk menurut Normaliza Abd Rahim (2019) apa nama ni Twitter ni. Menjalankan kajian tentang bla bla bla. Dah itu dah rupa sorotan kajian. Maka berhati-hati. Jadi dalam latar belakang ini kita boleh letak lebih kurang. Kita boleh letaklah lebih kurang dua hingga tiga halaman. Kalau lebih. Ada pelajar dia letak latar belakang tu sampai 10-20 halaman. Itu dah tak boleh. Itu dah jadi baiklah buat buku sejarah yee. Tak perlu. Sebab kita nak latar belakang yang serba ringkas supaya pemeriksa faham. Yang macam saya katakan tadi. Oh pemeriksa kata “oh pelajar nak buat latar belakang begini rupanya, begitu rupanya”. Jadi ini amatlah penting. Jadi pastikan ada rujukan. Dalam latar belakang ini tak perlulah kita kata 5 tahun ke belakang. Sebab kita pun nama sejarah. Kalau sejarah maknanya dah tahun yang lama-lama. Yang maknanya latar belakang ini tidaklah terhad. Rujukan 5 tahun ke belakang. Jadi rujukan tu ni bila-bilalah tentang bila ditubuhkan apa semua tu tak ada masalah. Boleh letak dalam latar belakang. Tetapi pastikan ia daripada contohnya dia buat tentang Twitter tu tadi. Latar belakang Twitter kemudian pasti awak tulis menjurus kepada akhirnya kepada kajian awak ini. Kajian awak ini. Jadi maknanya mula-mula dia punya secara meluas. Kemudian meluas tentang siapa mulakan apa semua kemudian menjurus, menjurus akhirnya hampir kepada kita punya kajian. Itu namanya latar belakang kajian. Mestilah berkaitan dengan kajian kita ye.

 

 ——————————————————————————————————————


TERJEMAHAN BAHASA INGGERIS

 

1. Introduction/ Introduction & Background of the Study (Chapter 1) #JomTulisTesis

 

Chapter 1 is chapter. Aaa. That is the introductory part or sometimes the student he writes as an introductory chapter. Can jee. Which one can. Want to put the advance can. If you want to put an introduction, you can. So this chapter aaa. If we look in this book we have many subtopics yee. Our subtopic has an introduction. The introduction is the same as all the chapters i.e. we introduce what is in the chapter. With background, research problems, questions, objectives, interests, limitations, operational definitions, study organization and conclusions. Okay. So we as usual we will enter 1.1 introduction. So in this introductory section we will introduce what is in this chapter. But sometimes I find students writing this introduction in about two to three pages like that. But the name is an introduction. Introduction if we put it at length he has become like a background. Sometimes the filling in the introduction we find is like a study highlight. He also put the study there. So we have to make sure ye. We just want to introduce. Introducing maybe we introduce what about the whole thesis. It's the same as we did chapter 5 cover. We want to close the whole thesis. So, our introduction wants to introduce what is about the study in this thesis. So if for example, you do not want to do that, you can make an introduction in one paragraph is okay. What is in the introduction to this chapter 1 only. So it depends. Depends on the student yee. But make sure it is not like a highlight and not like a background because we have a background subtopic. So in this background it is actually if we see it as history. Or yes we want to do a study on Instagram. So do we mean when to start Instagram? Who introduced it? Put a year later came Malaysia when. What does Instagram look like? Everything is in here. Instagram features. Everything is close in here. But there must be a reference. The name is also the background. The name is history. There must be a reference. If there is no reference, it is not allowed. Do not say obey, no one obeys. He did. He made je up to three or four pages directly without reference. It was as if he was the one who made the background. That's wrong. This means that every paragraph you parse in the background must have a reference. So if you want to put it when Instagram starts, who starts it. Student did not put the year when and they took from which website. Huh, so there must be a reference. So the importance of background. So this background shows that if we examiners read, we want to see that. Okay about the Twitter background for example like this like I like this. Come to Malaysia. What is the content of Twitter? What are his characteristics. What is all that. Only then did I as an examiner understand about oh study he like this. Oh study he wants to do that. Okay. So get in the background. But remember that this background is not the focus of the study. Do not enter according to Normaliza Abd Rahim (2019) what is the name of this Twitter. Conduct a study on blah blah blah. That's what the study highlights look like. So be careful. So in this background we can put more or less. We can put about two to three pages. If more. There are students who set the background up to 10-20 pages. That is no longer possible. That 's so good for ya history books. No need. Because we want a simple background so that the examiner understands. Like I said earlier. Oh the examiner said "oh students want to create a background like this apparently, so apparently". So this is very important. So make sure there is a reference. In this background we do not need to say 5 years ago. Because we are also the name of history. If history means a long time ago. Which means this background is not limited. Reference 5 years back. So this reference is when it comes to when everything is established, there is no problem. Can be placed in the background. But make sure it is from the example he made about Twitter just now. The background of Twitter then sure you write leads to the end of your study. This is your study. So that means first of all he has it widely. Then spread about who started what all then lead, lead finally almost to us have a study. That is the name of the study background. Must be related to our study ya.

 


Rujukan: 


Prof. Dr Normaliza Abd Rahim. (2020). 1. Pengenalan/ Pendahuluan & Latar Belakang Kajian (Bab 1) #JomTulisTesis. Diakses pada Januari 8, 2021 melalui pautan https://www.youtube.com/watch?v=aJNLU4elCvQ. 



Saya dah subscribe Youtube Channel Prof N, yeayyy! 🥳

BUKTI KEHADIRAN KULIAH 🌻

Friday, 8 January 2021

BBN3402SATU2020: MINGGU11 ASAS GRAFIK

Teks Asal

 

1. Mudah

Misalnya:

Sekeping foto sebuah basikal berwarna merah yang diletakkan di halaman rumah. Seseorang yang melihat foto tersebut akan faham bahawa foto itu ialah sebuah basikal yang berwarna merah. 

 

2. Warna

Misalnya:

Sekeping foto sebuah kereta yang berwarna biru dan disertai dengan pokok di belakang yang berwarna hijau. Terdapat juga warna awan yang kebiruan. Foto ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada kereta, pokok dan haiwan.

 

3. Teks

Misalnya:

Iklan telefon bimbit disertai dengan teks "Nipis dan Ringan" memberi persepsi tentang telefon tersebut. Oleh itu, seharusnya teks tersebut ditulis dengan besar dengan menggunakan jenis font yang menarik supaya pengguna berminat untuk membelinya. 

 

4. Kesesuaian

Misalnya:

Foto tiga orang kanak-kanak sedang bermain di halaman rumah yang terletak di sebuah kampung. Kanak-kanak berkaki ayam serta wajah kanak-kanak yang sedang ketawa. Langit yang hampir gelap yang menunjukkan suasana waktu petang. Terdapat tulisan di bawah foto tersebut "Suasana di kampung saya". 

 

5. Keseimbangan

Misalnya:

Ruang sebelah kiri gambar terdapat lima batang pokok besar seimbang dengan sebuah rumah kampung di sebelah kanan gambar. Maka, lima batang pokok besar seimbang dengan rumah kampung. Di sebelah atas gambar pula terdapat awan yang luas berwarna biru manakala di sebelah bawah gambar pula terdapat padang rumput berwarna hijau yang luas. Maka, awan seimbang dengan rumput berwarna hijau yang luas. 


Terjemahan Bahasa Inggeris

 

1. Easy

For example:

A photo of a red bike parked in the house yard. Someone who looks at the photo will understand that the photo is a red bike.

 

2. Colour

For example:

A photo of a car in blue and accompanied by a green tree in the back. There was a bluish cloud colour. This photo is clearly interesting because it has three colours that stand out and focus on the car, trees and clouds. 

 

3. Text

For example:

Mobile phone ads accompanied by the text "Thin and Light" give a perception about the phone. Therefore, the content of the text should be written in a large size by using a font types that can attracted users to be interested in buying them.

 

4. Suitability

For example:

A photo of three children playing in a different backyard in a village. Children with barefoot and their faces are laughing. The sky is almost dark as shown in the evening. The caption under the photo is "My village situations".

 

5. Balance

For example:

The space in the left side of the picture shows five large trees balanced with a village house to the right side of the picture. So, there are five large trees that are balanced with the village house. At the top of the picture there is a wide blue cloud while at the bottom of the picture there is a wide green meadow. Thus, the clouds are balanced with broad green grass.


Rujukan:

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 



BUKTI KEHADIRAN KULIAH 🌻



BBN3402SATU2020: MINGGU11 HURAIAN TESIS

Masihkah Kau Ingat?

1. Menulis dan mengolah semula dengan menggunakan ayat sendiri (Jangan menyalin (copy paste) daripada artikel atau buku).


Huraian: Tindakan menyalin secara bulat-bulat daripada sesebuah arikel mahupun buku merupakan tindakan yang salah. Jika pelajar ingin memasukkan sesebuah ayat yang dipetik daripada sumber rujukan, pelajar seharusnya melakukan tindakan yang bijak iaitu dengan mengolah semula ayat tersebut. 


2. Menggunakan Turnitin atau tool yang lain sebelum membuat penghantaran kepada penyelia atau jurnal. 


Huraian: Turnitin biasanya digunakan untuk mengukur peratusan plagiat bagi sesuatu kajian yang sudah siap dilaksanakan. Ia bertujuan untuk memastikan tiada unsur ciplak atau sebaliknya. Nilai peratusan yang rendah adalah lebih baik.


3. Membuat rujukan daripada rujukan utama. Elakkan banyak merujuk rujukan sekunder.


Huraian: Rujukan utama merupakan rujukan yang dipercayai keaslian dan kesahihannya berbanding rujukan sekunder. Oleh itu, pelajar digalakkan untuk menggunakan rujukan yang asli.


4. Membaca banyak artikel terkini supaya lebih memahami tentang kajian yang ingin dijalankan (minimum 50 artikel). 


Huraian: Pembacaan artikel daripada sumber-sumber baharu amatlah digalakkan. Selain dapat meneroka info baru, artikel-artikel yang terkini lazimnya menggunakan struktur bahasa yang bersifat lebih moden dan sesuai dengan konteks masa kini.


5. Menghadiri seminar atau persidangan supaya mendapat input tentang kajian yang berkaitan. 


Huraian: Melibatkan diri dalam seminar atau persidangan secara tidak langsung dapat memberi pendedahan buat pelajar. Ia juga boleh dijadikan sebagai alternatif kepada pelajar untuk lebih bersedia dalam menghasilkan penyelidikan. 


6. Berbincang dengan penyelia tentang penyelidikan yang dijalankan. Elakkan daripada berbincang dengan pelajar lain kerana pelajar bukan pakar dalam bidang. 


Huraian: Pelajar seharusnya merujuk kepada pakar terhadap bidang sekiranya ada sebarang persoalan berkenaan penyelidikan yang ingin dijalankan. Pelajar tidak digalakkan untuk mengemukakan pertanyaan kepada pelajar lain kerana pelajar lain juga berada dalam proses pembelajaran. 


7. Jumlah halaman (lebih kurang) bagi Bab 1 (10-12 halaman), Bab 2 (30 halaman - bacelor dan Master; 50 halaman - PhD), Bab 3 (10 - 12 halaman), Bab 4 (40 halaman bagi setiap objektif dan Bab 5 (8-12 halaman).


Huraian: Berikut merupakan anggaran bagi jumlah halaman yang perlu ada bagi setiap isi dan penghuraian bab. Oleh itu, pelajar hendaklah melakukan perancangan awal agar tidak tersasar daripada jumlah peruntukan bilangan muka surat yang disarankan bagi setiap kajian yang ingin dijalankan. 


8. Keseluruhan tesis seharusnya mempunyai lebih kurang maksimum 80 halaman (bacelor), 81-150 (Master) dan 151-240 (PhD). *Tertakluk kepada kehendak pensyarah, fakulti dan universiti.


Huraian: Pelajar wajar mematuhi syarat yang diperlukan, di mana keseluruhan tesis yang dijalankan itu mestilah tidak melebihi had maksimum iaitu sebanyak 80 halaman khususnya bagi program bacelor. Begitu juga dengan peringkat lain seperti master dan phD. Namun begitu, ia bergantung kepada fakulti serta universiti, seperti mana yang ditetapkan. 


9. Membuat perancangan atau jadual untuk sepanjang tempoh pengajian.


Huraian: Setiap pelajar disarankan untuk melakukan perancangan sepanjang tempoh pengajian. Ia termasuklah membuat susunan jadual. Perancangan yang teliti dan rapi sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk sentiasa peka terhadap tempoh penyediaan tesis seperti mana yang ditetapkan. 


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim. (2019). Jom Tulis Tesis. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


BUKTI KEHADIRAN KULIAH 🌻



BBN3402SATU2020: MINGGU11 QUOTATION(4)


1. Teks Asal: I can see in your eyes that you are a kind person.

Terjemahan Melayu: Saya dapat melihat melalui mata anda bahawa anda merupakan seorang yang baik hati. 

Bukti: Lirik Lagu 1 (Keluarga)

Ibu bapa yang disayangi

Saya tetap berhati-hati

Menjaga budi pekerti

Keluarga saya yang dicintai

 

2. Teks Asal: A friend is when she/he understands you no matter how difficult you try to explain the situation.

Terjemahan Melayu: Seorang rakan adalah dia yang sentiasa memahami anda tidak kira betapa sukarnya bagi anda untuk menerangkan tentang sesuatu situasi itu. 

Bukti: Lirik lagu 1 (Keluarga)

Saya sayang ibu dan bapa

Abang, kakak, adik dan saudara

Mereka semua ada bersama

Semasa saya memerlukan mereka

 

3. Teks Asal: A good friend is when she/he is not being judgemental towards you. 

Terjemahan Melayu: Sahabat yang baik adalah dia yang tidak akan pernah menghakimi diri anda. 

Bukti: Lirik lagu 2 (Diri)

Saya belajar setiap masa

Sifat sabar diambil kira

Dugaan besar selalu ada

Dikongsi bersama keluarga 

 

4. Teks Asal: No matter how ready you are to face the world, the world will always try to make you feel challenge.

Tidak kira bagaimana anda bersedia berhadapan dengan dunia, dunia akan sentiasa berusaha membuat anda merasakan erti cabaran. 

Bukti: Lirik Lagu 4 (Saya Tahu)

Hati saya siapa yang tahu

Saya sendiri jadi keliru

Ingin menangis seperti selalu

Air mata keluar menderu

 

5. Teks Asal: I am willing what I have with others.

Terjemahan Melayu: Saya sedia berkongsi setiap apa yang saya ada dengan orang lain.

Bukti: Lirik Lagu 3 (Saya yang Istimewa)

Saya yang istimewa

Bersikap baik sesama manusia

Saya dilihat berlainan rupa

Semangat positif dikongsi bersama


6. Teks Asal: What I have today will not be mine if I am not honest. Be honest in everything that you do.

Terjemahan Melayu: Apa yang saya miliki pada hari ini tidak akan menjadi milik saya sekiranya saya tidak berlaku jujur. Sentiasalah jujur terhadap segala perkara yang anda lakukan. 

Bukti: Lirik Lagu 2 (Diri)

Saya seorang yang baik hati

Jujur dan ikhlas di dalam diri

Saya belajar berdikari

Menolong orang setiap hari


7. Teks Asal: Be kind. Be honest. Work hard and do your best. 

Terjemahan Melayu: Berbuat baik. Berlaku jujur. Bekerja keras dan lakukan dengan yang terbaik. 

Bukti: Lirik Lagu 2 (Diri)

Kawan-kawan semua

Inilah saya yang istimewa

Saya sentiasa berusaha

Menjadi insan yang berguna


8. Teks Asal: I am a full of emotions but my emotions will not give negative impacts towards others.

Terjemahan Melayu: Saya merupakan seorang yang penuh dengan emosi namun emosi tersebut tidak akan memberikan kesan yang negatif kepada orang lain. 

Bukti: Lirik Lagu 4 (Saya Tahu)

Saya tahu

Semua mahu

Soalan bertalu-talu

Senyum membisu


9. Teks Asal: Although I am emotionally challenged but I will try my best not to make you feel burden. 

Terjemahan Melayu: Meskipun saya dicabar secara emosional, namun saya akan sentiasa cuba lakukan yang terbaik untuk tidak membuatkan anda merasa terbeban. 

Bukti: Lirik Lagu 4 (Saya Tahu)

Saya cuba memahami

Diri saya sendiri

Mengapa jadi begini

Ayah dan ibu susah hati


10. Teks Asal: My parents will be happy when I am better person. 

Terjemahan Melayu: Ibu bapa saya pasti akan gembira sekiranya saya menjadi orang yang lebih baik. 

Bukti: Lirik Lagu 3 (Saya yang Istimewa)

Saya dengan dunia

Belajar berdikari setiap masa

Hormati orang lebih dewasa

Satu perkara disanjungi bersama


Rujukan:

Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). 200 Quotes For You..For Us...Terengganu: Penerbit UMT. 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT.


BUKTI KEHADIRAN KULIAH 🌻