Sunday 14 June 2020

PERBEZAAN KAJIAN FACEBOOK DAN TWITTER

Soalan: Nyatakan perbezaan kajian dalam bab facebook dan twitter.

1. Kedua-dua kajian ini mempunyai objektif yang berbeza, di mana kajian dalam bab facebook dijalankan untuk meneroka penggunaan media sosial bertumpukan Facebook dalam kelas bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) dan kesannya dalam pembelajaran bahasa. Manakala, kajian dalam bab twitter pula dijalankan untuk mengenal pasti dan membincangkan penggunaan Twitter dalam kalangan pengguna dalam talian.

2. Kajian dalam bab facebook telah menggunakan seramai 200 orang responden yang dipilih secara rambang yang terdiri daripada pelajar universiti, pekerja, organisasi dan persatuan. Manakala, kajian dalam bab twitter pula dijalankan di Universiti Malaysia Terengganu dengan 260 orang pelajar sekolah menengah dari 13 buah sekolah yang terdapat di Terenganu. 

3. Data dalam bab facebook ditunjukkan di dalam bentuk graf dengan lebih jelas dan terperinci, manakala kajian dalam bab twitter pula hanya diterangkan dengan menggunakan ayat dan tiada unsur graf mahupun jadual yang terdapat pada huraian data. 

4. Analisis kajian dalam bab facebook dijalankan dengan melihat interaksi pelajar yang terlibat dalam sebuah kumpulan facebook yang diwujudkan, pengajar yang terlibat hanya sebagai pemerhati atau fasilitator sahaja, kajian pula dijalankan selama enam bulan. Manakala, kajian dalam Twitter pula dijalankan dengan menanyakan responden soalan-soalan di dalam Twitter, jawapan yang diberi dinilai menggunakan peratusan dan pendapat yang diberi pula dianalisis menggunakan Teori analisis wacana Brown & Yule (1983).

5. Kajian dalam bab facebook menunjukkan facebook sebagai alat yang berkesan terhadap interaksi pelajar terhadap perbincangan aktiviti berkaitan tugasan, manakala kajian dalam bab  Twitter pula menunjukkan bahawa Twitter adalah sebagai medium yang mudah untuk diakses, pantas, efisyen sekali gus membekalkan informasi-informasi terkini.

Rujukan
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment