Thursday 11 June 2020

CERITA SOSIAL 5

Berdasarkan hasil pembacaan yang kritis dan teliti, saya dapat mengenal pasti tiga yang terkandung dalam cerita sosial 5 ini, iaitu:
1. Rajin
Nilai rajin jelas digambarkan melalui perwatakan Alim. Alim merupakan seorang anak yang rajin, buktinya Alim sentiasa rajin untuk menyusun buku-buku cerita yang dihadiahkan kepadanya mengikut susunan abjad. Malah, Alim sentiasa melakukannya pada setiap hari. Alim juga rajin membaca buku pada waktu petang dan malam. 
2. Pemurah
Nilai pemurah juga tergambar oleh watak Alim. Alim seorang yang pemurah kerana dia sering berkongsi apa yang dia ada kepada orang lain. Dalam cerita sosial 5 ini, Alim suka berkongsi perkara dengan kawan baiknya, Sulaiman. Alim ada memberikan Sulaiman buku cerita kepada Sulaiman. Watak Sulaiman juga menggambarkan seorang yang memegang nilai pemurah. Hal ini demikian kerana kadang-kadang Sulaiman akan berkongsi coklat yang dibelinya dengan Alim.
3. Penyayang
Nilai penyayang ini digambarkan oleh adik beradik Alim. Adik beradik Alim sangat penyayang. Hal ini kerana mereka berasa sedih ketika Alim jatuh sakit. Rasa sayang yang tinggi jelas terpancar sewaktu mereka menemani Alim yang sakit di dalam bilik. Mereka bercerita dengan Alim walaupun pada ketika itu Alim tidak berdaya. 
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment