Thursday 4 June 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 4

Cerita Sosial 4: Hati

Melalui pembacaan dan penghayatan saya terhadapat cerita di atas, saya telah mengenal pasti tiga nilai yang terkandung di dalam cerita tersebut, iaitu:

 1)  Hormat-menghormati
Nilai ini jelas tergambar apabila watak seorang budak bernama Alim, yang bersalaman dengan ahli keluargan terutamanya kedua ibu bapa sebelum berangkat ke sekolah. Ini jelas menunjukkan bahawa Alim mempunyai nilai hormat-menghormati terhadap ibu bapa.

2) Berdikari
Nilai beedikari juga dikenal pasti apabila Alim sudah pandai untuk mengemas katil di sebelum dirinya berangkat ke sekolah. Ini jelas menunjukkan Alim seorang yang berdikari dan tidak mengharapkan orang lain.

3) Baik hati
Alim seorang yang baik hati kerana dia sudi untuk berkongsi makanan dengan orang lain. Alim berkongsi kek cawan hari jadinya dengan rakan-rakannya yang lain di sekolah.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment