Thursday 7 May 2020

CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 3

Tiga nilai yang terdapat dalam Cerita Sosial 3: Keluarga Saya adalah :-
  1. Tolong-menolong
  2. Nilai Kesabaran
  3. Kasih Sayang
1. Tolong-menolong
   Nilai tolong-menolong amat jelas terpapar apabila Alim dan adik-beradiknya akan 
   membuat kerja rumah pada setiap hari. Watak Alim yang sering menolong ibu 
   bapanya jelas menunjukkan nilai tersebut. Nilai tolong-menolong yang terdapat 
   dalam cerita ini dapat dijadikan teladan buat pembaca. 

2. Nilai Kesabaran
   Kesabaran adalah merupakan sebuah sikap mulia yang diajar dalam Islam. Dalam 
   hal ini, watak Alim jelas memaparkan kewujudan nilai tersebut dalam dirinya. 
   Hal ini kerana Alim sering kali mendidik dirinya untuk belajar bersabar dalam 
   melakukan sebarang pekerjaan.

3. Kasih Sayang
   Nilai kasih sayang juga terpapar dalam cerita sosial 3 ini. Nilai ini dapat dikenal 
   pasti apabila Alim menyatakan bahawa dia amat menyayangi keluarganya. Alim 
   juga sentiasa merindukan keluarganya setiap hari. 

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu. 


No comments:

Post a Comment