Friday 1 May 2020

BBM3410Satu2020: CERITA SOSIAL 2 (NORMALIZA ABD RAHIM, 2019) 2

Tiga nilai yang terdapat dalam Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa adalah:
  1. Kebersihan
  2. Baik Hati
  3. Kerajinan



Pertama, terdapat nilai menjaga kebersihan dalam Cerita Sosial 2 ini. Hal ini jelas dilihat sewaktu ibu menyediakan bakul sampah. Ibu meminta anak-anaknya membuang sampah ke dalam bakul sampah supaya tidak bersepah. Oleh itu, jelaslah wujudnya nilai menjaga kebersihan itu. 

Kedua, nilai baik hati juga terdapat dalam Cerita Sosial 2, fokusnya pada watak Alim. Nilai baik hati jelas tergambar dalam diri Alim apabila dia memberikan plastik yang berisi buah-buahan kepada kawannya yang bernama Sulaiman. Hal ini oleh sikap ibu dan bapa Alim yang sering memberitahunya bahawa berkongsi barang atau makanan adalah satu perbuatan yang baik. 

Ketiga, terdapat juga nilai kerajinan dalam Cerita Sosial 2 ini. Dalam hal ini, Alim sangat rajin menolong abang Imran, kak Madinah , ibu dan bapanya mengemas rumah. Alim seorang yang ringan tulang.

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.

No comments:

Post a Comment