Tiga nilai yang terdapat dalam Cerita Sosial 3: Keluarga Saya adalah :-
1. Tolong-menolong
2. Nilai Kesabaran
3. Kasih Sayang
1. Tolong-menolong
Nilai tolong-menolong amat jelas terpapar apabila Alim dan adik-beradiknya akan
membuat kerja rumah pada setiap hari. Watak Alim yang sering menolong ibu
bapanya jelas menunjukkan nilai tersebut. Nilai tolong-menolong yang terdapat
dalam cerita ini dapat dijadikan teladan buat pembaca.
2. Nilai Kesabaran
Kesabaran adalah merupakan sebuah sikap mulia yang diajar dalam Islam. Dalam
hal ini, watak Alim jelas memaparkan kewujudan nilai tersebut dalam dirinya.
Hal ini kerana Alim sering kali mendidik dirinya untuk belajar bersabar dalam
melakukan sebarang pekerjaan.
3. Kasih Sayang
Nilai kasih sayang juga terpapar dalam cerita sosial 3 ini. Nilai ini dapat dikenal
pasti apabila Alim menyatakan bahawa dia amat menyayangi keluarganya. Alim
juga sentiasa merindukan keluarganya setiap hari.
Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.