Wednesday 29 April 2020

BBM3410Satu2020: Tugasan Buku Multimedia dalam Bahasa



BAHAGIAN A

Jenis-jenis Shot

Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

BAHAGIAN B

Kepentingan Rule of Thirds
Rule of thirds adalah suatu teknik fotografi yang penting yang terdapat dalam sesebuah fotografi yang diambil. Dalam konteks ini, ia boleh digunakan terhadap mana-mana subjek dalam usaha untuk meningkatkan teknik komposisi dan keseimbangan imej dalam fotografi. Rule of thirds ini lazimnya digunakan oleh seseorang sewaktu dia ingin mengambil sebuah gambar. Komposisi gambar akan dibahagikan kepada sembilan bahagian yang sama dengan menggunakan dua garisan tegak dan dua garisan melintang. Yang penting adalah elemen subjek mestilah berada di sepanjang garisan mahu pun titik pertemuan. Pada awalnya, seseorang itu perlu memulakan dengan melihat melalui pemidang titik atau dalam paparan LCD yang digunakan untuk merangka paparan. Kemudian, melalui grid pula rule of thirds ini digunakan untuk memudahkan seseorang itu mengenal pasti empat bahagian penting daripada imej untuk meletakkan titik ketika membingkai imej. Dalam hal ini, empat bahagian tersebut adalah merujuk kepada bahagian atas, bawah, kiri, dan kanan gambar. Rule of thirds ini sememangnya wajar digunakan dan diaplikasikan sewaktu ingin mengambil gambar supaya keseimbangan gambar dapat dicapai dengan baik dan sempurna. Kadang kala seseorang itu perlu melakukan sedikit pergerakan untuk mendapatkan komposisi yang terbaik. Walaupun rule of thirds ini tidak semestinya akan digunakan dalam setiap situasi, namun ia mampu untuk menghasilkan foto yang lebih menarik. 


Rujukan:
Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

No comments:

Post a Comment