Menulis cerita secara individu telah memberi kesan besar ke arah pelajar semasa proses penulisan. Cabaran seseorang individu ialah kurang keyakinan semasa menulis dan juga bersikap negatif apabila orang lain membaca penulisannya telah membuat mereka keberatan untuk menulis.
(Normaliza Abd Rahim, 2014)
Pelajar lebih suka penglibatan terus dalam aktiviti agar mereka fokus pada proses pembelajaran bahasa. Adalah penting untuk mempunyai penglibatan terus dalam aktiviti bagi mengelak salah faham dalam pengajaran dan mengelakkan kebosanan semasa proses pembelajaran.
(Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim, 2017)
Huraian
Rujukan
Menurut
Normaliza Abd Rahim (2014), Twitter adalah merupakan salah satu daripada
rangkaian sosial yang melibatkan aktiviti penulisan cerita secara individu.
Dalam hal ini, pemilik akaun sesebuah Twitter itu sendiri bebas untuk membuat
sebarang bentuk penceritaan yang diingininya tanpa batasan. Oleh itu, beliau
berpendapat bahawa ia mampu untuk memberikan kesan yang besar kepada seseorang
pelajar, khususnya semasa proses penulisan dilakukan. Seseorang individu itu
pula mungkin menghadapi beberapa cabaran seperti kurang keyakinan semasa
menulis. Hal ini berlaku mungkin kerana individu tersebut tidak yakin bahawa bentuk
penulisan yang digunakan sesuai ataupun tidak. Cabaran kedua adalah bersikap negatif
apabila orang lain melakukan pembacaan terhadap perkara yang dikongsikannya.
Menurut
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017) pula adalah pelajar dikatakan
lebih gemar atau suka akan penglibatan secara terus dalam sesebuah aktiviti.
Hal ini bertujuan untuk membolehkan mereka menjadi lebih fokus sewaktu proses
pembelajaran bahasa dijalankan. Penglibatan secara terus ini sememangnya
mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Antaranya adalah berkepentingan dalam
mengelakkan berlakunya sebarang salah faham semasa proses pembelajaran dalam
kalangan pelajar itu sendiri. Malah, penglibatan secara terus juga penting
dalam usaha mengelakkan sebarang bentuk kebosanan semasa proses pembelajaran
dilaksanakan. Hal ini demikian kerana pelaksanaan aktiviti yang berkesan akan
dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan memahami apa yang diajar dengan
lebih berkesan. Aktiviti pembelajaran yang seronok dan kondusif secara tidak langsung dapat menarik
minat pelajar untuk terus belajar.
Rujukan
Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu.
No comments:
Post a Comment